4 May 2013

Gagal Pengaruhi Pengundi2 - Pakatan Rakyat Tempah 10,000 T.Shirt BN Untuk Cetus Huru-hara???

Hari-hari terakhir kempen PRU-13 semakin hangat dan lebih mendebarkan apabila terdapat maklumat menyatakan terdapat cubaan untuk mengganggu gugat ketenteraman awam mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Pihak yang dimaksudkan ini mempunyai kaitan rapat dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai sukar menerima hakikat kempen yang dijalankan mereka tidak mendapat sambutan ramai sekali gus menutup ruang untuk mereka merampas kuasa di Putrajaya.

Mengikut maklumat dalaman yang diterima, pihak terbabit dilaporkan telah menempah sekurang-kurangnya 10,000 t-shirt berlogo BN untuk digunakan dalam kekecohan yang dirancang bertujuan untuk menimbulkan persepsi umum bahawa ia dilakukan oleh BN.

Info ini ada asas untuk dipercayai memandangkan sejak akhir-akhir ini jelas kelihatan di beberapa tempat misalnya di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana wujud pemasangan banner palsu yang berlatar belakangkan logo BN yang dipasang untuk mengelirukan orang ramai.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Siapa tak kenal DSAI???

Memang pandai melempar perspektif... bom asap... mencetus kekacauan...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.