2 May 2013

BN Lunaskan Janji 2009 Rasmi Jambatan di Manek Urai - Manifesto Pas Janji Tak Perlu Ditepati???

KUALA KRAI 1 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Manek Urai pagi ini untuk merasmikan pembukaan Jambatan Manek Urai yang dijanjikan beliau kepada penduduk di sini pada tahun 2009.

Jambatan yang menghubungkan antara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama merupakan janji beliau pada pilihan raya kecil Manek Urai 2009 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan BN tewas sebanyak 65 undi kepada Pas namun Kerajaan Pusat tetap meneruskan pembinaannya bermula tahun 2010 menggantikan jambatan lama yang hanya berkeluasana satu lorong.

Jambatan yang merentasi Sungai Lebir itu sepanjang 200 meter dan menelan belanja RM17 juta keseluruhan .

Selain jambatan, dua lagi janji yang telah ditunaikan adalah pembinaan Masjid Temalir bernilai RM600,000 dan kemudahan sukan Manjor juga sebanyak RM600,000. - UTUSAN ONLINE


Komen Isac:

Mungkin sebab itulah Jambatan Palekbang yang dipecah tanah pada 1995 tidak dibina sampai lah sekarang...


6 comments:

  1. Usaha Kerajaan Pusat sering diludahkan saja oleh pemimpin PAS. Yang bersyukur adalah rakyat jelata. Mereka berulang alik melalui jambatan itu akan beroleh berkat dari usaha murni.

    Suatu masa nanti rakyat juga boleh persoalkan kepertanggungjawaban kerajaan negeri Kelantan. Usaha besar mereka adalah ceramah. Tanpa ceramah PAS akan hilang seri dan pupus dengan sendirinya...

    ReplyDelete
  2. BN perlu kenal pasti siapakah yg 65 orang itu..dan kena pastikan 65 org itu kembali pada BN...jentera lakukan sesuatu !

    ReplyDelete
  3. puak pas mesti kata.. 2 buruk hati la dok tunjuk nilai projek dalam utusan meloya.. abeh.. sat lagi kata nilai projek xsetimpal dengan harga.. tuduh plak kata rembat duit rakyat... Utusan Meloya? hurm... baca harakah lagi nak termuntah derrr....

    ReplyDelete
  4. Bila menang manik urai, takde pulak nik aziz nak anjur demonstrasi atas isu SPR dan BN berpakat dan tak adil atau menipu. Apa punya ulamak yang sanggup wajibkan kehadiran dalam perhimpunan bersih anjuran kafir harbi diatas isu berupa fitnah dan pembohongan semata-mata. Sedangkan nik aziz sendiri dapat jadi MB selama 23 tahun adalah hasil kerja SPR. Anwar dapat jadi ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang adalah juga hasil SPR walau pun macam main-main, suruh bini berhenti, dia ganti. Begitulah juga lim guan eng, dapat jadi sahabat nik aziz memperjuangkan Islam ala DAP, walau telah tidak laku dan ditolak di Melaka. Kenapa nik aziz sanggup bagi duit lagi supaya rakyat Kelantan pergi KL mendengar cerita bohong dari kafir harbi.

    ReplyDelete
  5. HIDUP AKU AMAN. KAMI SEKELUARGA TAK PERNAH BACA HARAMKAH DAN KALDAIDAILY.

    ReplyDelete
  6. Ado desas desus cerita duit untuk masjid manek urai tu duit orang Pas... Sekrang jelas lagi bersuluh. Malu woit mengaku ...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.