31 May 2013

Inilah Wajah Sebenar Ketua Wanita PKR...

Imej yang ditonjolkan....di hadapan rakyaat.... Dahsyatnya!!! Gagah!!! Energitic!!! DLL!!!



Imej sebenar....Rakyaat X nampak....


Templak PR Cuba Bela Pendemonstrasi "Blackout 505" di Singapura Hanya Lakonan???


Lim Kuan Yew melawat Pulau Pinang sebaik DAP dapat "merampasnya" daripada BN... 











Cakap2 orang, bahawa Singapura menaja Anwar dan Pakatan Rakyaat khususnya DAP. Foto bawah Saifudin berjumpa pegawai tinggi Singapura secara sulit. Tak kan kebetulan???


Masih tidak jelas apa yang tersirat???





Titah DYMM Sultan Selangor - Tunai Janji Pada Rakyaat!!!




Sultan Selangor dah bagi peringatan pada Tan Sri Khali Ibrahim. Jangan pulak nak mengelak mendakwa Manifesto PRU bukan janji!!!

Terima RM 60 Juta - Anwar Menang Saman Terhadap Nalla???

Walaupun betul....

Jika tak ada bukti kukuh....

Baik diam...

Anehnya bila PKR buat Tohmahan dan Fitnah...

Tak ada siapa berani nak saman...

Sebagai contoh, kenyataan Nurul Izah yang menuduh kapal selam kita tidak boleh menyelam semasa beliau di Indonesia mungkin boleh dikategorikan sebagai fitnah dan pengkhianatan. Tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pertahanan.

Sampai bila asyik nak bertahan ...

Zuhud bukan bererti orang boleh memijak2 kepala kita!!!


30 May 2013

Shah Nama Azmin Tiada Dalam Senarai 10 Exco Selangor???

Adakah ianya sengaja "digugurkan" oleh "Team Wan Azizah" ataupun DYMM Sultan Selangor tidak berkenan dengan perlantikkan beliau???

Akan bergolakkah lagi PKR selepas ini kerana pertembungan dua team dalam parti ini???

Kita tunggu.....

Sumber klik sini.


Anugerah Kepada Anggota2 Polis Yang Cemerlang Wajar Ditambah!!!

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh menyampaikan Surat Perhargaaan Khas Ops Aman kepada Konstabel Muhalim Osop yang sabar menghadapi caci hamun sekumpulan peserta perhimpunan bagi membantah penahanan aktivis mahasiswa pembangkang di depan Balai Polis Jinjang Khamis lepas.



Muhalim, 22, dari Sabah yang bertugas di balai itu pada malam kejadian, melayani karenah peserta pehimpunan dan mendengar kata-kata kesat mereka kepadanya tanpa mengambil sebarang tindakan agresif.

Perhimpunan itu bertujuan mendesak pihak berkuasa membebaskan Adam Adli Abdul Halim yang ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.



Sumber klik sini.


Komen Isac;

Hanya mereka yang suka melanggar undang2 sahaja yang takut dan memusuhi pihak polis.

Kes2 yang melibatkan salah-laku di kalangan anggota polis adalah kes2 terpencil, jestru  buat PR, "janganlah marahkan nyamuk kelambu hendak dibakar".

Penulis tidak melarang teguran untuk penambah-baikan, tetapi bukan menyerang Institusi Kepolisian. Kerana jika ianya tidak dicegah siapa yang akan menjaga keselamatan negara. Tambahan pula kerana majoriti anggota2 polis adalah Melayu, menyerang institusi ini akan mungkin boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Walaupun polis perlu bertindak secara profesional tetepi jika sentiasa "diserang"  suatu masa ia pasti meletup.

Selain anugerah kepada anggota2 polis yang bersedikasi dan beroperasi dengan baik, penerangan, sessi dialog kepada masyarakat dan rencana2 dan lain2 perlu dilakukan agar masyarakat tidak terikut2 menyerang institusi ini sebagaimana PR cuba meracuni fikiran rakyaat Malaysia.

Sebagai contoh pengorbanan, perit-jerih, kepahitan, nyawa dihujung tanduk dll oleh anggota   polis dan tentera sewaktu membenteras Pencerobohan Pengganas Kiran di Sabah perlu didedahkan kepada masyarakat Malaysia secara sistematik dan berterusan agar rakyaat lebih menghargai dan memberikan kerja-sama kepada institusi polis dan tentera.

29 May 2013

Sikit2 Nak Ajak Berdebat Sirah Rasulullah Berdakwah Atau Sifat Syaitan Yang Bongkak???


Bukti pun X ada nak orag ajak berdebat...Secara loyar buruk...

Sekadar melontar perspsi dan propaganda yang berbau tohmah dan fitnah boleh lah...

Bangla terbukti tipu...

Blackout pun tipu...

Saja nak buat gempak...

Dunia dah nak kiamat agaknya...

Orang yang berserban, berjubah dan berketayap pun cuma mengikut sunnah hanya pada berpakaian...

Bab berpoligami pun cari anak2 dara yang muda2... Bukannya handak membela ibu2 tunggal....

Foto di atas hanyalah hiasan....

Hakim Tarik Diri - Lagi Bukti Hakim di Malaysia Ikut Telunjuk UMNO???



PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Seksyen, di sini, hari ini menarik diri daripada mengendalikan kes Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang menghadapi tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, pada 8 Mei lalu. 

Hakim Rozina Ayob berkata, adalah lebih wajar jika seorang hakim lain mendengar perbicaraan itu kerana beliau mempunyai pertalian keluarga dengan tertuduh. 


Berikutan itu, kes itu dipindahkan ke mahkamah lain dan Hakim Ayatul Akmar kemudian menetapkan tarikh sebutan baru kes pada 26 Ogos ini.       

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Itu pun PR asyik menuduh Mahkamah Malaysia tidak telus dan bebas.

Hakim kita ada integriti... Tidak memihak. Jestru mana yang ada pertalian keluarga lebih baik bagi tahu siang2... Takut orang akan jadikan isu.

Ini tidak... Ada kes yang melibatkan pemimpin tertinggi PR, lepas dapat keputusan "bebas" dari pertuduhan, tup2 pendakwaraya jadi peguambela tertuduh pulak.... Mula lah orang akan ingat yang bukan2...

Kalau memenangkan mereka senyap... Kalau mereka kalah dan dihukum, kerajaan campur tangan...

Begitulah juga dengan SPR, bila calon mereka menang besar senyap...

Bila kalah tuduh yang bukan2....

Macam budak2...

Tak boleh menghadapi kekalahan dan kecundang!!!

Begitu Taksub Mereka Kepada Pas dan Tok2 Guru Mereka???

Bekas MB Kedah kena potong kaki, katanya sebab mengkhianati perjuangan parti.

Tukang karut dikir barat mati ketika membuat persembahan, katanya sebab tengah sibuk  mengutuk Pas.

Gara2 Tok Guru Pondok Genting, Abdullah Sa'amah bersama beberapa sekolah Pondok di Kelantan mengutuk kerjasama Pas dan DAP, beliau didakwa kena strok walaupun beliau sendiri telah menafikannya di TV.

Menentang dan mengutuk Pas dan Tok2 Guru mereka dapat balasan "cash" di dunia??? X boleh ditegur langsung walaupun mereka terhilaf??? Macam maksum lah pulak....

Rasulullah s.a.w. di dalam perang Uhud tercedera... patah 2 batang gigi... Tak pulak musuh2 Islam dapat balasan "cash".

Adakah Pas dan Tok2 Guru mereka lebih tinggi martabatnya daripada Muhammad s.a.w. penghulu segala nabi dan rasul Allah s.w.t.???

Fikir2 kan...

Kereta di Malaysia Amat Mahal!!! Kerajaan Cekik Darah!!!


Pasti akan ada yang kata gaji orang Singapore mahal.....

Duit dia besar...1 Sing Dollar = RM 2.43.

Baik,  RM 450K ÷ 2.43  = Aprox Sing 185K

Masih lebih Mahal bukan?

Lepas tu kerajaan Singapura tidak memberikan subsidi untuk barangan keperluan rakyaat... Segala2 nya mahal!!!

Masih anda rasakan Singapura lebih bagus daripada Malaysia ?

Jika ya?  Baik anda pindah sahaja dan jadi warga negara Singapura!!!

Sumber klik sini.

Al Fatihah Buat Tan Sri Ainuddin Wahid Yang Telah Melahirkan Ramai Teknokrat Melayu..


Berita penuh klik sini

Artikel Bumiyang mengenai beliau klik sini.


Komen Isac;

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman amin. 

Terimakasih atas segala tunjuk-ajar dan bantuan yang telah diberikan secara peribadi mahupun secara umum.

Semoga semua pengorbanan dan perjuangan arwah di dalam membantu anak bangsa untuk memajukan diri sendiri, membangunkan negara dan memartabatkan agama mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Amin...


Published with Blogger-droid v2.0.10

28 May 2013

Gempar!!! Anwar Hapuskan Bukti2 Berkaitan Pengundi Hantu Bangla ???

Bagai nak rak buat kecoh... "Havoc" satu negara....

Kononnya ada pengundi2 hantu bila buat report polis.... Isu pengundi2 dah hilang...

"Blackout" pun hilang...

Cuma cerita pasal dakwat kekal yang tak kekal, yang sedang disiasat oleh SPR sendiri...

Rujukkan dan cerita pasal dakwat kekal boleh dirujuk di sini.

Potong stim betul....

Hari tu masa kat  stadium MPPJ hampir nak roboh dikerjakan...

Dengan propaganda dan hasutan secara tersusun dan berterusan melalui ceramah, blog, akhbar parti, twiter, FB, surat dan dari mulut ke mulut boleh runtuh kerajaan dibuatnya.

Atau adakah Anwar sendiri dah hapuskan bukti2 pengundi2 hantu sebab dah masuk dalam perjanjian dengan Najib? Ataupun benda2 tu semua sememangnya fitnah sebagaimana juga dengan peristiwa "blackout" ???

Satu lagi penulis nak tanya kenapa dah terlanjur pergi buat laporan kat balai polis, kenapa x laporkan sekali tentang pendedahan video seks dengan "China Doll" yang dibuat oleh Datuk K??? Kalau betul2 Anwar bukan lelaki dalam video tersebut, X bersalah, saman lah!!!



Keadaan Sebenar Bagaimana Proses Pengiraan UndiDijalankan



Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan kertas undi kepada para ejen ketika proses pengiraan undi bagi kerusi Parlimen Tambun dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Jati, Ipoh, di sini hari ini. --fotoBERNAMA    

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Bukan setakat masa mengundi "Agen/Wakil Parti" jadi saksi. Masa pengiraan pun sama. Jadi macam mana boleh kata tipu lah blackout lah???

Mengapalah rakyaat Malaysia mudah ditipu oleh dakyah2 Pakatan Rakyaat?

Fesyen Muslimah Bertudung Yang Menjolok Mata dan Sepatutnya Dielakkan???

 Foto2 berikut penulis jumpa dalam website orang lain...

Maaf terutamanya kepada golongan Hawa jika bahasa asal yang digunakan pada foto2 tersebut ada yang agak kesat...

Biasalah... Untuk berdakwahpun kita kena ada ilmu dan ianya perlu dilakukan dengan hikmah...

Dengan ramainya Ustaz segera di pasaran yang tumbuh bak cendawan lepas hujan...Ini lah jadinya.

tapi kita ambil nasihat mereka yang bagus sahaja lah... 

Perangai yang kurang elok tu... Adalah kekurangan diri mereka sendiri dan tiada kena mengena dengan Islam.

Kadang2 sesetengah Ustaz "Besar" pun ada yang mulut celupar.... Pandai mengutuk dan memperli orang untuk menarik "crowd". Al maklum... Ustaz2 sekarang ramai yang dah memandu BMW, Merce, Audi dan dengarnya Ferrari pun ada. Jestru menarik kehadiran penonton perlu untuk menjaga periuk nasi dan gaya hidup mereka.

Cerita pasal foto di atas. Pakai tudung memang cantik dan mengikut syariat, tetapi jenis kain untuk pakaian tu pun kena jaga. Kain begetah dan sendat... body yang solid pun akan nampak bergetah... Habis kebulatan papan punggung pun boleh dilihat dengan jelas... Ini seksi beb...Orang pun boleh lihat kita pakai seluar dalam jenis apa... Jenis biasa, G string atau X pakai lagsung...

Foto yang di kanan ni pun nak kena jaga. Bila kita duduk seluar cawat pendek dan baju singkat... Kekadang alur bontot pun boleh nampak.


Foto sebelah kiri ni pun sama.... Boleh nampak bekas seluar dalam dan bentuk papan punggung.

Buat wanita2 yang di luar sana fikir2 lah...

Bertudung dah bagus dah...

Baju pun tutup habis....

Tapi lebih bagus jika perkara2 yang dinyatakan tadi juga diambil kira dan dijauhi untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat.

Jika berpakaian begini... Jangankan lelaki yang X beriman dan kurang iman cair adik ooi....

Pak2 Lebai dan Tok2 Guru pun silap2 boleh tergugat....

Berkahwin Dengan Pembohong, Isteri Pun Dah Jadi Pembohong???

Foto: Gambar Hiasan.

Al kisah seorang wanita baik yang suaminya kuat berlakon, oportunis dan pembohong akhirnya demi anak2 dan keluarga terjebak dalam situasi yang sama...

Mendakwa suaminya yang ditahan dipenjara telah diracun oleh kerajaan Malaysia ketika itu....

Mendakwa mendapat informasi bahawa suaminya akan disuntik dengan virus HIV...

Bersengkokol dengan suami dan kenalan suaminya mendakwa kononnya suaminya menderita sakit belakang berulang tidak mampu berjalan sehingga perlu dipapah setelah dipukul ketika berada di dalam tahanan polis.

Bersengkokol kononnya suami diancam bunuh sehingga terpaksa berlindung di kedutaan Turki.

Mendakwa jam Omega yang dikatakan  telah  jatuh ke tangan "China Doll" masih berada dalam simpanannya...


27 May 2013

Blackout 505 Akan Diteruskan Selagi Ada Rakyaat Yang Percaya, Selagi Ada Nyawa???

Dakwa diracun Arsenik... Tipu...

Dakwa sakit belakang... Tipu...

Dakwa bakal disuntik virus HIV... Tipu...

Kata ada 11 kotak maklumat salah laku kerajaan BN... Tipu...

Janji 16 September 2008 ambil alih Putrajaya... Tipu....

Janji kalau kalah nak bersara... Tipu...

Kata ada 40 ribu pengundi2 hantu Bangla... Tipu...

Kata ada blackout semasa kiraan undi... tipu...

Ini baru sebahagian daripada penipuan DSAI...

Itupun masih ada lagi rakyaat yang percaya....

Diperbodoh dan ditipu berkali-kali!!!

Blackout PRU 13 - Bila Penipu Berbicara???


Mula2 kata foto disebelah ni berlaku semasa perkiraan undi di Bentong pada 5 Mei lalu...

Habis se Malaya kecoh dan di twiter, FB dan blog2... Kononnya SPR dan BN bersengkokol menipu...

Bila YB Bentong daripada DAP menafikan berlakunya "blackout" di kawasannya, YB Seri Serdang pula mendakwa foto di sebelah berlaku di kawasannya.

Tup2 hari ni, YB Rafizi dakwa "blackout" berlaku di Parlimen Kulim-Bandar Baharu... Ada satu laporan polis telah dibuat pada 5 Mei yang lalu.

Kalau nak menipu pun agak2 lah... Pakat2 supaya statement tu sama... Ini baru tanya 3 orang, jawapan dah lain2....

Yang jelas propaganda oleh "Red Bean Army" memang dahsyat dan tersusun, tetapi di peringkat pimpinan, nampak sangat X "sekata". X buat homework dulu ke?

Sumber klik sini.


Gempar !!! Bukti Pembunuhan Alantunya Bukan Kerja Pemimpin Kanan BN???

Pakatan Rakyaat beriya2 mendakwa 40 ribu Bangla telah digunakan sebagai pengundi2 hantu untuk BN memenangi PRU 13 yang baru lepas.

Sebaik sahaja PRU 13 tamat blog2, twiter dan FB yang pro PR telah dikerah untuk menyebarkan gambar2 dan video2 menunjukkan kononnya Bangla2 ini telah diangkut untuk pergi ke tempat2 membuang undi.

Selepas SPR dan BN difitnah dengan begitu hebat dan secara sistematik oleh PR, pihak BN berjaya menyiarkan banyak bukti2 video yang menayangkan bagaimana rakyaat Malaysia kacukan India, Arab dan Pakistan telah ditahan di pusat2 mengundi oleh penyokong2 PR kerana mereka ini dituduh sebagai pengundi2 hantu. 

Video2 tersebut  menunjukkan mereka ini sememangnya rakyaat Malaysia dan terbukti video fitnah dan tohmahan PR sebelum ini adalah tidak benar. Umum mengetahui kebanyakkan rakyaat Malaysia terutamanya di Pulau Pinang adalah kacukan India dan Atuk kepada DS Anwar Ibrahim sendiri adalah lelaki berketurunan India beragama hindu yang memeluk Islam sebelum berkahwin dengan Nenek beliau.

Sehingga kini  tiada bukti2 kukuh yang dikemukakan selain video yang mereka buat sendiri untuk memfitnah BN. Video Bangla diangkut dengan Bas untuk pergi kilang/bekerja???

Hairan bukan? Tak kan 40,000 orang Bangla boleh lenyap begitu sahaja tanpa dikesan??? 

Macam orang Bunian pulak???

Jika selama ini batang tubuh Pemimpin Tinggi BN dan Isteri tidak henti2 difitnah terlibat dalam pembunuhan Mendiang Alantunya, Di mana setelah dibunuh mayatnya telah diletupkan untuk menghapuskan bukti... 

Sebenarnya jika diteliti ianya agak pelik jika kes tersebut benar2 melibatkan pemimpin tertinggi negara dan isteri kerana ianya telah dibuat secara melebih2 menggunakan C4....sehinggakan kes pembunuhan tersebut dengan mudah "terbongkar". 

Ianya bukan seperti mahu menyembunyikan jenayah tersebut tetapi seolah2 sengaja mahu rakyaat dan pihak polis sedar akan perkara tersebut!!! Suatu fitnah terhadap Pemimpin Tinggi BN dan Isteri!!! Siapakah yang mendapat faedah jika Pemimpin Tinggi BN dan Isteri dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya???

Dalam kes pengundi2 hantu Bangla sebagaimana yang didakwa oleh PR, 40,000 pengundi2 ini telah lenyap tanpa dapat dikesan. Bayangkan untuk memberikan kesan kepada keptusan PRU 13 yang lalu, pengundi2 hantu ni (sekiranya ada) perlu mengundi 32 kali untuk membawa kesan sehingga 10% daripada jumlah pengundi2 di Malaysia yang seramai 13 Juta orang (1.3 Juta undi). 

Jestru jika benar BN boleh menguruskan pergerakan 40,000 orang Bangla yang perlu mengundi sebanyak 32 kali setiap seorang tanpa dikesan oleh sesiapa, bagaimana mungkin jika Pemimpin Tinggi BN dan Isteri benar2 terlibat dalam kes pembunuhan Alantunya mayat seorang wanita pun tidak boleh dilenyapkan dengan senyap dan sempurna???

Pasti ada sesuatu yang berlaku tanpa kita sedari!!!

Sumber klik sini.

Anwar Bakal Menyusul Nik Aziz Untuk Bersara???

Tua dah...

Asyik tertidur aje...

Baik ajelah bersara sebagaimana janji sebelum PRU 13 lalu......

26 May 2013

Anak Malaysia, Anak Melayu Pertama Naik Podium Moto 2!!!

Penunggang Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua 'Campeonato de Espana de Velocidad' di Motorland Aragon, Sepanyol, pada Ahad.

KUALA LUMPUR: Penunggang Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menaiki podium perlumbaan Moto2 pada pusingan kedua 'Campeonato de Espana de Velocidad' di Motorland Aragon, Sepanyol, pada Ahad.

Permulaan yang lancar dengan jentera pada tahap terbaik, juara Cub Prix 2010 itu mengetepikan 35 pesaing pada Perlumbaan 1 untuk mencipta kemenangan sulung di tempat kedua dengan catatan masa 29 minit 27.524 saat, hanya 0.075 saat di hadapan pelumba Amerika Syarikat, Kenny Noyes di tempat ketiga (29'27.599s).


Pelumba Sepanyol, Roman Ramos menjuarai perlumbaan 15 pusingan itu dengan catatan 29'11.275s.

"Sukar untuk percaya saya akhirnya menaiki podium selepas melalui masa sukar ketika ujian masa tidak rasmi pada Jumaat dan pusingan kelayakan pada Sabtu kerana keadaan cuaca yang melampau.

"Saya berasa sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan serta penaja yang memungkinkan semua ini berlaku," kata Hafizh Syahrin dalam kenyataan, di sini. - BERNAMA


Komen Isac;

Tahniah dan syabas!!! Hasil usaha kerajaan BN???

Kantoi!!! Kemenangan Adun Seri Serdang - YB Noor Hanim Ismail Guna "Blackout"???

Beliau akui sendiri bahawa peristiwa "blackout" telah berlaku di Dun nya sendiri, iaitu di Seri Serdang.
Anehnya mengapa  sebaliknya beliau pula yang menang dengan kelebihan lebih 16 ribu majoriti???

Sumber klik sini.


Educated Malay - Bersyubahat Menjayakan Fitnah Terhadap SPR Agar DAP Dapat Berkuasa???

"Educated Malay" yang sebenarnya "bodoh piang", termakan dek momokan dan propaganda Anwar dan DAP yang kononnya membawa mereka memperjuangkan tranpirasi, good governance, equaliti, dll... Sedangkan perjuangan mereka sebenarnya lebih kepada kepentingan peribadi sekumpulan pemimpin yang "gagal" dan selama ini telah ditolak oleh rakyaat!!! Jestru untuk kepentingan peribadi, walaupun berlainan kepentingan peribadi dan cita2 politik mereka telah bersatu demi untuk menawan Putrajaya.  

Mereka yang kononnya pejuang Islam dan Hudud sanggup bersatu dengan Cauvanis Cina yang mahu "merampas" kuasa politik Melayu juga sanggup bersama dengan Anwar yang mahu "membalas dendam" terhadap Umno kerana telah disingkirkan atas "dosanya" sendiri.

Mereka ini bersatu memperjuangkan LGBT, pluralisma, melacurkan Hudud, menggadai kalimah Allah, menutup mata oleh gerakan Murtad, menggadai hak istimewa orang Melayu/Bumiputera dll.

Bukti "Blackout" yang dipalsukan di atas, yang dikeluarkan sebaik PRU 13 tamat membuktikan bagaimana tersusunnya mereka untuk memftnah dan mentohmah SPR dan BN.

Mereka mahu membangkitkan kemarahan rakyaat untuk bangun memberontak dan menggulingkan kerajaan yang sah!!!

Malangnya golongan "Educated Malay" yang kononnya terpelajar dan mempunyai kesedaraan keislamannya tinggi telah bersengkokol dengan Anwar dan DAP di dalam menyebarkan fitnah dan tohmahan tanpa usul periksa.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.", AL-Hujuraat Ayat 6.




Sumber klik sini.

25 May 2013

Gempar!!! Saiful Bahari Dimakan Sumpah Laknat Kerana Berbohong???

Banyak cerita2 palsu kononnya beliau telah dimakan sumpah laknat yang dibuatnya...
 
Tak tahulah penulis mengapa cerita2 bohong tersebut disebarkan.
 
Pastinya penulis cerita palsu berkenaan mahu memburukkan peribadi dan integeriti sumpah laknat beliau dan menonjolkan Anwar sebagai mangsa fitnah.
 
Apapun sehingga artikel ini ditulis, Saiful masih lagi segar bugar dan telahpun selamat diijab-kabulkan walaupun beliau pernah mengulangi sumpah laknat, bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim di hadapan Baitullah.
 
Mudah2an Allah tunjukkan kepada kita siapakah yang sebenarnya berbohong...
 
Artikel berkaitan klik sini.

Anwar - Pemimpin Mewakili Rakyaat Atau Berlindung Dibelakang Rakyaat???

1998, bila dipecat atas salah laku seks rambang dan luar tabii, beliau berlindung disebalik sokongan  rakyaat yang terlebih dahulu telah dikabui dengan watak alim yang kononnya pejuang agama. Gara2 takut ditahan pihak berkuasa terutamanya kerana menjadi agen asing.

Ironinya tuduhan salah laku seks tersebut mula2 datang bukan daripada parti pemerintah yang memecat beliau, tetapi daripada parti pembangkang  yang kemudiannya menunjukkan rasa simpati dan konon2nya membela beliau.

Sehingga sekarang hansard Dewan Rakyaat masih menyimpan tuduhan Karpal Singh terhadap Anwar  yang dikatakan terlibat di dalam kegiatan seks bebas dan luar tabii.


2013 (kini), apabila telah membuat kenyataan akan "bersara" daripada politik jika gagal "merampas" Putrajaya dalam PRU 13, beliau sekali lagi telah menjadikan rakyaat sebagai perisai untuk bangun memberontak dan menggulingkan kerajaan yang sah.

Inilah pemimpin yang rata2 "Educated Malay" sanjungi dan pertahankan!!!

Samsul Iskandar AMK Pula Akui PRU 13 Memang Bersih!!!

PETALING JAYA - AMK PKR menggariskan lima pendekatan sebagai gerak kerja dalam memastikan kemenangan total PR dalam PRU14.Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin berkata, kemenangan pada hari ini perlu diisi sebaiknya sebagai bekal untuk dibawa pada PRU14.

“Kajian pasca PRU13 menunjukkan pola pengundian berbeza antara kawasan bandar dan pinggir bandar (kampung). Isunya masih sama iaitu kurangnya akses maklumat kepada masyarakat kampung.

Sumber klik sini Sinar Harian

Komen Isac;

Dengan strategi untuk menghadapi PRU 14 yang dicadangkan, AMK dan Iskandar sendiri telah mengakui kekalahan mereka dalam PRU 13 yang lalu adalah kerana mereka ditolak rakyaat dan bukannya  disebabkan oleh manipulasi keputusan sebagaimana yang difithah dan digembar-gemburkan oleh Anwar dan DAP.

Published with Blogger-droid v2.0.10

24 May 2013

Shamsul Iskandar Selar Haji Hadi Bangkit Isu Pil Kuda???

Mentang2 beliau dah memenangi kerusi Parlimen batu2 ini,  Ketua AMK ni dah mula tunjuk besar kepala sehingga boleh menyelar Presiden Pas.

Sumber klik sini Ketua Angkatan Muda Keadilan Selar Presiden PAS | AIDC

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kebebasan Adalah Supaya Kami Terus-terusan Dapat Memfitnah dan Menjahanamkan Negara!!!

Biarkan kami terus lakukan kerosakkan agar BN yang dipersalahkan...

Biarkan kami terus menerus memfitnah selagi kami tidak dapat berkuasa.

Biarlah negara musnah  jika mereka tidak dapat memerintah... biar semua merana...

Itulah Pakatan Rakyaat... Memecah-belahkan rakyaat dan negara, memperbodohkan dan menipu rakyaat tetapi ramai masih yang  percaya...

Sumber klik sini.

23 May 2013

Gempar!!! Pakatan Rakyaat Gunakan Mykad Curi Untuk Memenangi PRU 13???


PUTRAJAYA: Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata, kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.



Komen Isac;

Tidak mustahil... Mungkin sebab itulah mereka begitu yakin akan memenangi PRU 13 yang lalu...

Bayangkan 133,000 tambahan undi yang mereka mungkin telh gunakan. Pastinya secara logik akal dan dengan perancangan yang rapi mereka sememangnya boleh memenangi PRU 13 yang lalu.

Apapun Alhamdulillah...Allah s.w.t. maha kaya dan tak membenarkan penipuan mereka.

"Mereka telah (cuba) melakukan tipu daya dan Allah telah membalas tipu daya mereka dengan tipu daya pula. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya". (Al-Imran: 54)  


Published with Blogger-droid v2.0.10

Pas Tolak Guling Kerajaan Yang Sah Melalui Rusuhan - Tapi Kalau Berjaya, Bakal Tumpang Sekaki???

Komen Isac;

Pada pendangan penulis, pendirian Pas tidak tegas.

Seperti, "menangguk di air yang keruh".

Tidak mahu terlibat, tetapi dalam masa  tang sama tidak menghalang sekutu dan penyokong2nya untuk bertindak liar!!!

Apa berlaku apabila kerajaan yang sah berjaya digulingkan???

Pastinya Pas akan "tumpang sekaki".

Begitulah juga pendidirian Pas dalam isu rumah2 persundalan di hotel2 di dalam negeri di bawah pemerintahan PR, tak terlibat tetapi sewa permis dan cukai tapak perniagaan tetap dikutip.

Seruan Jihad??? Bagaimana Jika Rakyaat Bangkit Pertahankan Kerajaan Yang Dipilih Mereka???

Pakatan Rakyaat hanya mahu dan tahu memainkan sentimen agar rakyaat bangun memberontak dan menjatuhkan kerajaan yang diplih secara sah. Satu perbuatan tidak bertanggung-jawab dan tidak boleh dimaafkan!!!

Bagaimana jika berlaku pertembungan di antara kedua2 penyokong di jalan-jalanraya??? Sebagaimana yang berlaku di Thailand???

Siapakah yang mahu bertanggung-jawab dan dipersalahkan??? Terutamanya jika negara huru-hara, kacau-bilau dan hancur???

Jika di Thailand pergaduhan di antara etnik yang sama, kesannya mungkin tidak seberapa...

Di Malaysia, dalam rakyaat perbagai kaum ianya akan mengundang malapetaka!

Apa lagi yang mereka mahu???

PRU dah kalah!!!

Pengundi2 hantu terbukti penipuan!!!

"Blackout" kiraan undi juga terbukti suatu penipuan!!!

Rentikanlah menipu rakyaat Malaysia!!!

Perlu di ingat, hukuman buat pembelot dan pemberontak boleh membawa kepada hukuman mati!!!

Ianya seharusnya dikawal oleh pihak berkuasa, jangan biarkan negara dikuasai oleh perusuh2 jalanan!!!