27 Apr 2013

JAWI Anti Islam dan Cuba Sabotaj Husam di Putrajaya???

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyaman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana memfitnah jabatan itu telah memecat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) sebuah surau di Putrajaya.

Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali pada sidang media di Putrajaya Jumaat, berkata, dakwaan itu yang dibuat oleh Husam di sebuah laman sosial  adalah tidak benar.

 “Pihak kami memang ada memanggil AJK surau berkenaan dan saya telah menasihatkan bahawa masjid dan surau adalah rumah Allah yang harus dijaga kesuciannya dan tidak boleh dinodai oleh sesiapa.


 “Saya juga mengingatkan mereka mengenai surat pekeliling yang saya edarkan kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan pada September 2011 berhubung larangan masjid atau surau digunakan untuk tujuan politik.


“Saya tidak memecat sesiapapun. Kenyataan itu adalah satu fitnah. Saya sudah mengarahkan pegawai JAWI membuat laporan polis dan kami juga akan menyaman Husam,” katanya.



Komen Isac;

Bila semua nak dipolitikan inilah jadinya...Sebagai pemimpin parti Islam Husam sewajarnya tidak menuduh tanpa periksa ataupun cuba mengambil kesempatan...

Maklumlah beliau akan bertanding di Putrajaya...

Takut2 nanti bila dah disaman angkara keceluparan sendiri, JAWI pulak yang akan dituduh mensabotaj karier/peluang beliau di Putrajaya. 

Jangan tuduh JAWI anti Islam kerana Husam mewakili parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, sudah lah...

Penulis cuma nak tanya Husam apa jadi kepada projek kambing yang beliau ketuai beberapa tahun yang lalu dan dah berapa ribu ekor yang berjaya dihasilkan? 

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.