9 Apr 2013

Gempar!!! Deklarasi Ulama Pondok - Mengundi PAS dan PKR Haram!!!


GURUN: Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.

PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Itu baru mengundi Pas dan PKR, kalau mengundi DAP.... Sendiri mau ingat lah ya!!!

4 comments:

  1. Terbaekkk!!! Allahuakhbarr!!!

    ReplyDelete
  2. PAS ! LIMAU PURUT 5 SERANGKAI..BUTA PERUT TAK DAK AKAI !!

    ReplyDelete
  3. Kenapa bukan majlis fatwa yang membuat deklarasi ni?

    ReplyDelete
  4. Ini baru dinamakan jihad menentang kebathilan. Berkata benarlah walaupun pahit. Inna solaati wanusuki wamahyaaya wama maati lillahi rabbil aalamin.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.