17 Apr 2013

"DAP" Memfitnah Kononnya Lima Calon BN Selangor Mempunyai Ijazah Palsu!!!


KUALA LUMPUR, 17 April — DAP mempersoalkan integriti lima calon Barisan Nasional (BN) Selangor selepas menuduh mereka, termasuk seorang timbalan menteri, “membeli” kelulusan pengajian tertinggi.
Ahli strategi pilihan raya parti pembangkang itu Ong Kian Ming menamakan Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng dari MCA dan ketua hal ehwal agama Umno Ab Wahab Ibrahim menggunakan ijazah akademik dari universiti yang pernah didedahkan menjual ijazah.
“Calon yang merasakan mereka perlu membeli ijazah, baik diperingkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, menyebabkan  integriti mereka dipersoalkan.
“Jika calon ini sanggup menipu pengundi mengenai kelayakan akademik mereka, bahagian penting dalam kehidupan seseorang, bahagian kehidupan mana lagi calon tersebut sanggup menipu termasuk kepentingan awam dan pengurusan dana awam serta tanggungjawab menggunakan sumber awam,” tanya beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Undang-undang pilihan raya Malaysia tidak memerlukan seseorang calon itu mempunyai ijazah sebagai syarat untuk bertanding pilihan raya, kata Ong dan menambah ianya tidak akan meningkatkan taraf kehidupan seseorang dalam masyarakat secara automatik.
Ong menggesa lima calon tersebut mengundurkan diri dari pilihan raya 5 Mei ini jika tidak boleh menafikan ijazah mereka yang boleh dipersoalkan itu.


Sumber klik sini.


Komen Isac;

Senang aja "DAP" jatuhkan hukuman...

Mentang-mentang adanya kes di mana terdapat ijazah akademik palsu daripada universiti2 yang terlibat.... "DAP" terus menuduh calon2 BN ini pun terlibat "membeli" ijazah mereka!!!

Ini adalah suatu fitnah dan dakwa sahaja Ong Kian Ming ini.

Memang "Celaka!!!" Menuduh tanpa kemukakan bukti!!! Kaki fitnah!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.