25 Apr 2013

Antara UEM "Gadai" Tanah Kepada Robert Kuok Dan Dosa Guan Eng Kepada Rakyaat Pulau Pinang!!!

Guan Eng yang mendakwa kononnya kerajaan DAP negeri Pulau Pinang di bawah pimpinannya kononnya lebih "telus" telah menjual tanah kerajaan di Bayan Mutiara kepada Ivory Properties cuma pada harga RM240 kaki persegi secara "direct deal" atau pun rundingan terus kepada pemaju tersebut.

Seperti akan terlupa apa yang telah dibuatnya di Pulau Pinang, beliau mendakwa RM334 sekaki persegi yang dibeli oleh Robert Kuok adalah terlalu rendah...

Pelik bukan? Di Pulau Pinang yang tanah lebih terhad, RM240 sekaki persegi mereka katakan tinggi, sebaliknya tanah di Nusajaya yang merupakan bandar baru, RM334 sekaki persegi dikatakannya murah!!! Mereka dakwa tanah milik UEM Berhad (UEM) itu sepatutnya dijual pada harga RM720 sekaki persegi.

Mengapa Guan Eng mahu bersusah payah memikirkan perihal tanah milik syarikat konglemerat bumiputera yang kononnya dijual pada harga yang murah sedangkan beliau sendiri telah menjualkan tanah2 milik kerajaan negeri ataupun rakyaat Pulau Pinang pada harga yang lebih murah???

Samada Guan Eng terlupa hakikatnya beliau telah menjual tanah di Bayan Mutiara pada harga terlalu murah... Ataupun beliau sebenarnya mengakui, bahawa negeri Johor sebenarnya lebih selamat berbanding Pulau Pinang buat rakyaat asing jestru tanah di Nusajaya pun sepatutnya jauh lebih mahal daripada Pulau Pinang. Guan Eng Akhirnya Mengaku Johor Lebih Selamat Berbanding Pulau Pinang???

Adakah ini juga bermaksud tindakannya memburuk2kan negeri Johor di luar negara dahulu sebenarnya dilakukan atas sebab sifat dengki dan cemburu beliau terhadap kemakmuran negeri Johor.

Sumber klik sini dan sini.

1 comment:

  1. Sama saja. Tiada bezanya antara PR atau BN. Kedua dua Penyamun dan Perompak. Bila berkuasa hanya terfikir macamana nak curi duit rakyat. Itu lah hakikat sebenar ahli politik Malaysia. Cuma yang lebih sial si Guan Eng ni. Semua kesalahan yang dilakukan oleh BN di tumpukan pada melayu iaitu UMNO. Tidak pernah sekali pun Guan Eng nak sabitkan Gerakan atau MCA. Sebabnya kedua dua parti itu dipimpin oleh orang cina. Guan Eng berlagak menjadi juara pada orang cina kerna Pulau Pinang mempunyai ramai penduduk berbangsa cina. Ini lah satu sikap DAP yang orang Malaysia harus tolak. Bermain api perkauman. Sedangkan semua rakyat tanpa kira bangsa telah hidup aman damai walaupun sesiapa yang perintah. Harap rakyat Malaysia terutama kaum cina menolak DAP yang gemar mengunakan isu perkauman. Ingatlah jika DAP masih bermain dengan api perkauman maka tidak syak satu hari akan berlaku peristiwa yang pernah terjadi dinegara kita iaitu 13 Mei.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.