23 Apr 2013

Adakah 58 Calon Bebas Yang Dipecat BN Akan Diterima Semula Jika Mereka Menang???


KUALA LUMPUR: Umno memecat 58 ahlinya serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). 

Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. 

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamalia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Tiada musuh dan rakan yang "kekal" dalam politik, jestru sekiranya mereka yang selama ini berada di parti pembangkang. Begitu licik mengumpat, mencerca, memfitnah dan melemparkan tohmah kepada parti, "berdosa" agama, bangsa dan negara pun boleh dimaafkan mengapa mereka yang pernah berjasa ini  langsung tidak diberi peluang.

Malah ada beberapa bekas pemimpin2 PR yang sebelum ini terlibat memfitnah kerajaan Tun Mahathir dan Kerajaan BN cuba untuk membunuh DS Anwar dengan racun arsenik dan melalui suntikan HIV tetapi masih boleh diterima oleh BN dengan tangan terbuka!!! Mengapa pula 58 bekas pemimpin2 BN ini tidak langsung diberikan peluang???

Memang pucuk pimpinan akan merasakan mereka ini "menikam mereka dari belakang". Ingkar arahan. Perbuatan yang boleh memecah-belahkan sokongan kepada parti...

Tetapi adakah dengan bertindak demikian pucuk pimpinan telah benar2 mendengar rintih hati rakyaat???

Mengapa tidak kedua2 calon yang terlibat ataupun lebih di sesebuah kawasan ini dipanggil oleh pucuk pimpinan dan meminta agar hanya seorang sahaja di antara mereka yang meneruskan perjuangan menentang Pakatan Rakyaat pada hari mengundi nanti??? Sementara yang beralah akan berikrar janji untuk setia dan memberikan sokongan???

Setiap manusia pasti ada kalanya akan terhilaf, tidak terkecuali juga pucuk pimpinan parti, jestru jika semua dari kita benar2 berjuang untuk parti demi agama, bangsa dan negara, mengapa kita tidak boleh berbincang dan bermuhasabah diri, biarkan calon2 yang betul2 "boleh menang" meneruskan pertandingan dan lain terus memberikan sokongan???

1 comment:

  1. Saya setuju dengan pandangan saudara..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.