28 Mar 2013

Kiram III Menjadi "Anjing Pemburu" Kerajaan Filipina???


Terlalu banyak teori konspirasi di dalam mengenal-pasti siapakah dalang disebalik pencerobohan pengikut2 Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Kiram III.

Seorang "raja" yang terpaksa mendapatkan ikhsan kerajaan Filipina untuk rawatan homeodilisis, tiba2 boleh menghantarkan beratus2 "tenteranya" menyerang Sabah.

Ada yang mengatakan ini semua adalah hasil kerja PKR yang menyalurkan dana bernilai jutaan ringgit ke Manila melalui Suaram hasil pemergian Tia Chua dan Sibarasa ke sana baru2 ini dan dikuatkan dengan nyanyian DS Anwar Ibrahim, "Tanya pada pokok apa pasal goyang???" berterusan beberapa lama sebelum Sabah diserang.

Ada pula yang mengaitkannya dengan campurtangan AS dengan kejadian tersadainya kapal perang AS di terumbu karang berdekatan dengan laut Sulu beberapa hari sebelum pendaratan pengganas2 di Sabah.

Terbaru ada teori baru yang mengaitkannya dengan kerajaan Filipina, yang tanpa berselindung mahu meneruskan tuntutan mereka terhadap Sabah.

Perkara ini mudah difahami kerana jika pun tuntutan mereka terhadap Sabah tidak begitu serius kerana  bukti2nya ada agak lemah dan tidak mungkin memenangkan mereka, tetapi "menaja" keganasan di Sabah dengan mengapi-apikan orang2 Sulu agar menuntut hak mereka dan menyerang Sabah, pasti akan mengendurkan tuntutan kemerdekaan kaum Sulu terhadap Kepulauan Sulu daripada Filipina.

Apatah lagi semasa pemberontakkan kaum Sulu di Selatan Filipina sekitar tahun 70an - 90an mereka dilihat "bebas" keluar-masuk ke Sabah apabila diburu oleh pihak keselamatan Filipina.

Jestru  jika Filipina adalah merupakan salah-satu daripada dalang terhadap pencerobohan di Sabah, pastinya tindakan mereka itu merupakan tindakan "serampang dua mata".

Sedihnya Kiram III lebih rela menjadi "anjing pemburu" yang menggigit dan membunuh saudara seagama bukan untuk maruah bangsa Sulug tetapi demi kepentingan pihak ketiga.

Sumber klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.