8 Mar 2013

Bapa Saiful Dakwa Saiful Diperguna Untuk Jatuhkan Anwar!!!

Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar - Nasional - Sinar

JAMILAH HAMZAH8 Mac 2013

Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan dekat ibu negara pagi tadi.

- Foto ihsan The Malaysian Insider[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak  bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab."Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara)."Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

Komen Isac;

Jangan cuba keluar dari memfitnah dan memfitnah orang yang lain sudahlah pakcik. ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. Makhlok yang paling jijik dalam sejarah negara ini sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat cita cita politiknya.
    Anwar sanggup melacurkan keluarga sendiri demi politik murahan nya.
    3 perkara pelik berlaku dalam masa terdekat:
    1 - Kepulangan mamat india si Bala
    2 - Insiden Lahat Datu
    3 - Bapak Saifol "U turn"
    Entah apa lagi kejutan yang Anwar akan lakukan dan percayalah Anwar ada lagi kejutan namun Anwar jangan lupa bahawa apa sekali pun yang berlaku, Anwar tidak dapat mengubah keputusan DNA yang diketemui didalam karung kunyit Saifol.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.