2 Dec 2012

Penyelewengan Tabung Memali - Nik Aziz Perlu Bertanggungjawab!!!


SIAPA C.N Al-Afghani? Di kalangan orang Pas, nama itu tidak asing. Beliau merupakan exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.

Riwayat hidupnya juga menarik. Afghani atau nama sebenarnya Zainon Ismail pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan pada sekitar tahun 1988.

Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Khabarnya, Afghani tidak lagi bersama Pas. Beliau kini aktif menulis buku termasuk mendedahkan kepincangan dan kesesatan dalam Pas.

Mengapa beliau yang dikenali sebagai aktivis tegar Pas meninggalkan parti itu?

Rupa-rupanya ada cerita di sebalik perubahan beliau. Afghani telah menulis sebuah buku bertajuk Air Mata Di Bumi Memali yang diterbitkan pada 2010. Dalam buku itu, beliau telah mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, iaitu tabung yang dilancarkan oleh Pas bagi membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Komen Isac;

Sebagai pemimpin ulung Pas, Nik Aziz wajar bertanggung-jawab.

Bak kata Saidina Umar r.a. sebaik beliau dilantik ke jawatan Khalifah, "Sebagai pemimpin beliau akan bertanggung-jawab kepada seluruh rakyaat waima, jika ada di atara gembala yang kehilangan kambing gembalaan mereka".
 
Sebagai ketua parti yang mendakwa mereka memperjuangkan agama Islam, Nik Aziz wajar mencontohi Khalifah Khurasyidin  Islam kedua itu.

Pastinya sesuatu yang amat memalukan apabila pemimpin2 sebuah parti Islam yang terlibat "songlap" wang derma anak2 yatim terlepas bebas dan tidak dipedulikan oleh ketua umumnya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.