9 Dec 2012

Kemana Arah Tuju Pas Bila 2 TG Ini Bersara Nanti???

Dua pemimpin ini telah begitu lama di persada politik.

Dahulu mereka ini antara yang "mengata" Tun Mahathir hendak memeritah negara selamanya.

Kini mereka pula yang di lihat seperti mahu "menongkat langit".

Mengapa pemimpin2 pembangkang begitu benci dengan Tun Mahathir mudah difahami kerana cubaan2 mereka untuk "merampas" tampuk pemerintahan di zaman Tun tidak pernah berjaya.

Selain kerana Tun seorang pemimpin yang hebat, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi negara di zamannya membuatkan segala fitnah dan tohmahan pembangkang terhadap Umno/BN gagal.

Jestru "taktik" kotor yang mereka gunakan ialah cuba untuk membuatkan Tun mengundur diri dari politik dan ianya telah berjaya.

Kini bila sampai giliran mereka untuk berundur kerana faktor usia, kedua-dua TG ini seolah2 "mejilat ludah mereka sendiri" kerana mereka dilihat seolah2 mahu "menongkat langit".

Apapun sebab mengapa mereka belum mahu berundur mungkin juga ada asasnya kerana Pas kini tiada pelapis pimpinan ulamak.

Mereka yang benar2 memperjuangkan Islam telah dipinggirkan daripada parti!!!

Bolehkah pemimpin2 pelapis  yang ada diharapkan untuk memimpin Pas di masa hadapan???

Mat Sabu??? Khalid Samad??? Mahfuz???

Tepuk dada tanya iman!!!

Adakah mereka ini layak untuk memimpin Pas???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.