7 Dec 2012

8 Kali Juarai Bina Badan Dunia Sazali Masih Sarjan Cabok???

Bukan mahu menghina pegawai2 polis berjawatan Sarjan di Malaysia ini, cuma penulis terkilan atelit bertaraf dunia dan telah memenangi 8 gelaran Juara Dunia sebagaimana yang diraih oleh Sazali ini kurang dihargai bukan sahaja oleh negara bahkan juga oleh PDRM iaitu majikan beliau sendiri. Itu belum lagi termasuk gelaran2 "Mr Asia" yang beliau menangi.

Terbaru beliau mengekalkan gelaran juara bina badan dunia  kategori batam weight.

Jika TLDM boleh menganugerahkan Leftenan Komander (Kehormat) kepada Dato' Chong Wei, jawatan Leftenan buat penembak negara Nur Suryani Mohd Taibi dan TUDM pula menganugerahkan Kapten Kehormat buat Dato' Nicole David, untuk menumpang "populariti" atelit2 ini mengapa PDRM seperti tidak meghargai "permata" yang mereka miliki?



Foto (kanan): Major (U) Kehormat Dato' Nicole Ann David, Jutawan muda hasil kejayaan dalam sukan Skuash.


Bukan penulis berasa dengki dengan anugerah dan pengiktirafan yang diperolehi oleh atelit2 lain tetapi sewajarnya kita perlulah adil dan tidak bersifat pilih-kasih.








Foto (kiri) Lagi seorang Jutawan sukan negara Dato' Chong Wei yang mewah dengan anugerah daripada kerajaan dan  swasta.


Syarikat2 koperat juga dilihat tidak begitu menghargai kejayaan beliau, mungkin kerana beliau telah memenangi terlalu banyak  kejuaraan sehinggakan ianya kelihatan seolah2 begitu senang untuk dimenangi jestru tidak perlu dihargai...





Foto (kanan): "Rezeki" Pandalela, baru mendapat tempat ketiga Olimpik pun dah dapat bermacam-macam anugerah, terbaru sebuah kereta dari Kumpulan Naza.








Foto (kiri): "Tuah badan", Dato' Chong pernah memiliki beberapa kereta sport mewah termasuk Ferrari. 

Negeri manalah yang akan mula-mula menganugerahkan Sazali gelaran Dato' agaknya ya...?

Walaupun beliau sejak beberapa tahun yang lalu telah dinaikkan ke jawatan sub-inspektor penulis kira adalah wajar sekiranya beliau dihantar untuk melanjutkan pelajaran ataupun krusus jangka pendek sekiranya kelulusan yang menjadi "kekangan" kenaikan ke pangkat yang lebih tinggi buat beliau, agar beliau dapat bersara dengan jawatan yang lebih tinggi demi menghargai jasanya kepada negara. 

Apapun untuk rekod, bekas juara pecut Asia, Rabuan Pit bersara dengan jawatan ASP. Sekadar perbandingan dan bukannya hendak memburukkan sesiapa. Klik sini.

Atrikel berkaitan klik sini.

17 comments:

  1. Dia sudah lama naik pangkat sub-inspektor bro admin..

    ReplyDelete
  2. maaf... sazali bukanlah sarjan cabuk spt yg dimaksudkan.. tp beliau telah menyandang jawatan SI (Sub-Inspektor) yang mana merupakan pangkat tertinggi dalam kelas pangkat beliau... mohon agar admin membuat kaji-selidik dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan..

    ReplyDelete
  3. Sazali sekarang subinspektor maaa..

    ReplyDelete
  4. Terimakasih di atas makluman yang diberikan.

    ReplyDelete
  5. Apapun untuk rekod, bekas juara pecut Asia, Rabuan Pit bersara dengan jawatan ASP. Sekadar perbandingan dan bukannya hendak memburukkan sesiapa.

    ReplyDelete
  6. Setuju bebeno , itu lah kelebihan TS Musa Hasaan terhadap anak bawah jagaan nya dulu, sebelum TS bersara adalah juga kenagan yang diberikan kepada SI Sazali . Mungkin tuah nya nanti TS Ismail Omar pula akan menaikkan pangkat nya kepada Inspektor .

    Tuah ayam siapa tahu tuah orang belum nampak

    ReplyDelete
  7. NAK buat macamana Pangkat dan gaji POLIS dibawah JPA. Tentera lain lah di bawah Jabatan Pertahanan.

    ReplyDelete
  8. PDRM TERIKAT DENGAN JPA.TENTERA DIBAWAH JABATAN PERTAHANAN

    ReplyDelete
  9. admin tolong buat research next time. dah la salah info pasal sazali. lepas tu cuba nak betulkan keadaan sebut pasal rabuan pit pun salah. rabuan pit tu sepupu aku la. dia sekarang dah dsp dan masih bertugas di ipk melaka, baru transfer dari bukit aman. apa daaa...buat research la lain kali dok.

    ReplyDelete
  10. Sazali tu diberi pangkat termasuk gaji / ganjaran / pencen dan semua kemudahan yang setaraf dengannya.

    Manakala athlet yang diberi pangkat Kehormat oleh lain-lain pasukan keselamatan ..... ???

    ReplyDelete
  11. Anon 8 December 2012 01:16, Itu lagi dahsyat... sampai ke pangkat DSP.

    Rabuan Pit juga memulakan karier kepolisiannya dari jawatan konstabel, pastinya beliau telah ,melanjutkan pelajaran ataupun mengikuti kursus2 yang berkaitan kerana kelayakkan kemasukkan beliau ketika menyertai pasukan polis adalah pada peringkat MCE sahaja. Jstru pihak PDRM boleh menggunakan cara yang sama untuk memberikan peluang kepada Sazali dalam meningkatkan diri.

    Sebagaimana yang penulis katakan jika kelulusan akademik yang menjadi kekangan, PDRM kini telahpun mempunyai Maktab Polis Diraja untuk pegawai2nya dan bertaraf Universiti;http://ms.wikipedia.org/wiki/Maktab_Polis_Diraja_Malaysia.

    Jadi kenaikkan pangkat buat Sazali sewajarnya boleh dipertingkatkan lagi sekiranya beliau bersedia untuk mengikuti kursus2 tertentu.

    ReplyDelete
  12. Tunggu mati baru nak dikenang, disanjung melambung-lambung. Itu pun sekejap saja. Baik jadi artis, kutipan tiket pecah panggung setakat dalam Malaysia, sembang sana, sembang sini, ada orang taja, dapat sponser sana, sponser sini, gaya dan glamour... Tup-tup... eh, eh dah Datuk dia ni??? 80 kali jadi juara pun tetap orang tak pandang.

    ReplyDelete
  13. Menanglah 80 kali pun, masih tak ada yang nampak. Baik jadi artis dapat kutipan pecah panggug (kat Malaysia saja...) dan kuat sembang sana, sembang sini, gaya sikit, galamour sikit ada buat kebajikan sikit dapatlah Datuk...

    ReplyDelete
  14. Rabuan pit masih bertugas la dan sekarang pangkat dia assistant commisioner police (ACP). lagipun pdrm terikat dgn jpa sebab tu tak boleh sesuka ati nak bagi pangkat

    ReplyDelete
  15. Ybhg Datuk Rabuan Pit baru bersara baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk rabuan Pit bersara dengann pangkat ACP dan belau telah menjalani pelbagai kursus dan telah lulus pelbagai peperiksaan kenaikan pangkat. Tiada jalan mudah

      Delete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.