30 Oct 2012

LagiCubaan Pakatan Rakyaat Untuk Mengabui Mata Rakyaat???


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meminta Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk menjelaskan jumlah hasil pendapatan kewangan yang diperoleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran pembangkang secara terperinci kerana angkanya meragukan. 

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebagai contoh di Pulau Pinang, laporan kewangan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011 negeri itu dipercayai bukan jumlah yang sebenar. 

"Dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini yang mengatakan bahawa hutang negeri itu turun kepada kepada RM600 juta adalah tidak tepat kerana jumlah RM600 adalah hutang yang dipindahkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk urusan berkaitan bekalan air di sana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Berita penuh klik sini.


Komen Isac:

Pandai... Nya....

Kalau bab "menipu", memutar-belitkan fakta serta mengambil faedah daripada usaha orang lain, berilah kepada Pakatan Rakyaat.

Al maklum... mereka kan mempunyai seorang penasihat ekonomi yang berwibawa....

Bukan setakat pandai memfitnah, pandai "menangguk di air yang keroh", sehinggakan "Lembu punya susu, Sapi yang mendapat nama".

Bayangkan, wang sumbangan daripada kerajaan pusat untuk mereka mentadbir negeri masing2 didakwa mereka sebagai "pendapatan" yang mereka usahakan sendiri.

Umpama "melepaskan anjing tersepit".

Ingat rakyaat Malaysia ni bodoh ke?

1 comment:

  1. ASSALAM, NI A JIZ AKAN KELUAR FATWA MENIPU WAJIB UNTUK MEMERINTAH.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.