7 Oct 2012

Anwar Bapak Nepotisme????



ROMPIN 6 Okt. - Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang didedahkan baru-baru ini memperlihatkan amalan nepotisme dan kronisme oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila isteri dan anaknya turut disenaraikan sebagai anggota jemaah menteri.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, masyarakat boleh menilai sendiri sikap Anwar yang 'cakap tak serupa bikin, apabila mempraktikkan amalan yang ditentang sebelum ini.

"Bila saya tengok Kabinet bayangan itu, saya tertanya-tanya kerana jelas dan nyata Anwar adalah pemimpin yang betul-betul cakap tak serupa bikin.

"Sekian lama beliau meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO, beliau kutuk pasal nepotisme, tapi sejak beliau mewujudkan parti pembangkang, semuanya nepotisme totok!," katanya selepas menghadiri Majlis Taklimat Gerak Kerja Jalinan Rakyat dan Pelancaran Program Salam Sayang Wanita UMNO Rompin di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang bukan sahaja menyenaraikan Anwar sebagai Perdana Menteri, malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah turut disenaraikan sebagai anggota jemaah menteri.

Menurut Shahrizat, senarai Kabinet bayangan itu membuatkan beliau tertanya-tanya mengenai kedudukan Pas yang kononnya dijanjikan jawatan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya.

"Semua yang disenaraikan adalah kroni Anwar dan saya tertanya-tanya kerana sebelum ini mereka kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak kerana tidak mempunyai sebarang isu.

"Macam mana pula apabila disenaraikan Pas boleh terlepas dan Anwar pula jadi Perdana Menteri," ujarnya. Katanya, pada masa sama, hubungan PKR dan DAP kini semakin cacamarba atau kucar-kacir apabila cuba menghentam sesama sendiri.

Katanya, pada masa sama, hubungan PKR dan DAP kini semakin cacamarba atau kucar-kacir apabila cuba menghentam sesama sendiri.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121007/po_02/Kabinet-bayangan-nepotisme-totok#ixzz28ZRYK6mT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.