8 Aug 2012

Pakatan Rakyaat Tolak Tema Hari Kebangsaan Sebab Takut Pecah Tembelang???


Pembangkang fikir tema Hari Kebangsaan, “Janji Ditepati” tidak ngam dengan mereka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan pembangkang guna tema “Janji Tidak Ditepati,”.

Baginya, tema itu lebih sesuai dengan sikap pembangkang yang gagal menunaikan janji-janji pilihan raya lalu.

Menurut Nazri, pembangkang tidak suka tema itu kerana ‘siapa makan cili, mereka terasa pedas’ dan Janji Ditepati akan mengingatkan rakyat kepada janji-janji pilihan raya yang masih belum dipenuhi pembangkang.

"Tahun 2008 mereka janji hendak bagi janda dan ibu tunggal RM600 tapi janji itu tak ditepati. "Jadi sekarang mereka terasalah. Mereka ini sensitif sebab mereka tak tepati janji mereka," kata Nazri sinis mengulas tindakan pembangkang menolak tema yang ditetapkan kerajaan Pusat.

Katanya, tema itu menggambarkan janji ditepati sama ada yang sudah dan akan datang.

“Apa masalah dengan tema itu?..Sebab mereka (pembangkang) tidak tepati janji sebab itulah tidak suka,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Selasa.

Nazri juga memberi contoh isu Hudud yang tidak selesai-selesai walaupun berlarutan beberapa tahun.

"Ini semua kaki penipu besar. Tak selesai kes hudud kata dah selesai," katanya sambil menambah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh sendiri masih lagi menolak cadangan PAS itu. Tambahnya, “ di bulan puasa pun nak menipu’.

Sember klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.