11 Aug 2012

Gara2 Pandalela Menangi Gangsa, Seorang Pemuda Bakal Dikerat "Anunya"???


Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.

Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.

Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.

Johari antara lain menulis: "Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih.. (saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini...)."

Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung, yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.

Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf berkata, "saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen... siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi."


"Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa tidak boleh memaafkan orang lain... saya sedihlah," katanya dalam mesej Twitter berikutnya.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian Online mendapati laman sosial itu telah pun ditutup sejak tengah hari tadi.


Pemegang akaun itu juga telah memohon maaf atas keterlanjuran.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Sebab tu orang tua2 dah kata, "sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana"

2 comments:

  1. salam sajhtra semua!,tak berguna kita berbicara dengan manusia yang tidak menggunakan akal fikiran apabila mengeluarkan kata-kata,lebeh kurang mereka ini sama dengan lembu-lembu yang dipelihara tampa jagaan yang rapi oleh pembelanya.lidah tidak bertulang.

    ReplyDelete
  2. bukan anu...tapi jari kot?...TAPI SIFAT TERPUJILAH..DIA MINTA MAAF!..

    KALAULAH PARA BLOGGER PEMBANGKANG SIKAP SEPERTINYA SILAP KATA..SILAP SPIN..SILAP FITNAH...CACI..KEJI...BILA DAH KANTOI..MINTA MAAF KPD SI KENA FITNAH TU..KAN BAGUS!!

    BLOGGER PRO GOV..AKAN RESPECT ABIS JIKA TERUS DORANG JADI NEUTRAL!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.