18 Jul 2012

Pemberontak Istihar Perang di Syria - Siapakah di Pihak Yang Benar???



Dalam undang2 Islam, pemberontak yang menentang kerajaan tanpa sebab yang munasabah akan dihukum bunuh.

Apa yang boleh disimpulkan dari isu ‘taat kepada pemimpin’ yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program "Fiqh Mentaati Pemimpin" baru-baru ini, mana-mana pemimpin Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya terjaga,   tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran,  jikapun mereka mempunyai kelemahan dan jika pemimpin ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T.  Selagi pemimpin mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan dan tidak menyekat syariat Islam maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam.

Penulis rasakan umat Islam wajar berhati-hati dalam menyokong pihak rakyaat yang bangun memberontak. Adakah mereka ini memberontak karana kerajaan mereka sememangnya zalim dan layak dijatuhkan ataupun pemberontakkan berlaku kerana anasir luar!!!

Belajarlah daripada pengalaman sahabat2 Rasulullah s.a.w., apabila penduduk Mesir bangun memberontak, ada yang mengambil peluang sehingga Saidina Usman  r.a. terfitnah dan dibunuh, apabila Saidina Ali r.a. pula dilantik oleh para pemberontak, dan ditentang oleh puak Muawiyyah r.a. yang kononnya mahu membela kematian Saydina Usman r.a. dan akhirnya membina pemerintahan beraja Bani Ummayyah, umat Islam terpecah tiga dengan wujudnya puak Khawarij, siapakah yang beruntung???

Adakah Islam terbela??? Ramai para sahabat yang hafiz, warak dan alim terbunuh dan manjadi mangsa mata pedang sesama umat Islam...Itukah kejayaan???

Saydina Husein r.a. dan keluarganya disembelih di Karbala. Siapakah  yang untung???

Semoga kita menjadi zuhud sebagaimana Syaidina Hasan r.a., yang sanggup melepaskan jawatan Khalifah dan dihina demi perpaduan dan kemaslatan umat Islam keseluruhannya, amin.


4 comments:

  1. saya sendiri pernah tinggal di syria dan keadaan di sana cukup aman dan selamat....wanita mereka berjalan2 dgn emas penuh di leher dan tangan.........kalau kt sini, ada yg akan hilang tangan........pemerintahnya tegas tp keadaan selmat dpt kita rasakan dn penduduk syria ramah dn rajin berniaga.....tapi sejak arab spring ni berlaku, segala2nya berubah........

    ReplyDelete
  2. Klu Nak lebih faham tanyalah ustaz dah ahli ulamak bukan memadai

    ReplyDelete
  3. KEKEJAMAN KERAJAAN SYRIA DIBAWAH PRESIDEN BASYAR ASAD 1. Dalam masa 42 hari, seramai 40 000 orang rakyat Syria telah mati. 2. 39 000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja. 3. Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital. 4. 9 000 dalam tahanan. 5. 413 orang telah syahid di dalam penjara. 6. Wanita-wanita telah diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu. 7. Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM! 8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai. 9. Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT! 10. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri. 11. Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan. 12. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID. 13. 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

    ReplyDelete
  4. Penulis, ada yang tidak kena dangan post anda ni..
    Harap mengkaji dengan lebih mendalam sebelum buat post ini... syukran

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.