12 Jul 2012

Nik Aziz Baru Sedar Pejuangan Pas Menyebabkan Keluarga Cerai-berai?


Tapi dia masih belum sedar, bahawa kerajaan pusat terpaksa mentadbir projek-projek anjuran Persekutuan di negeri2 yang diperintah oleh Kerajaan2 Negeri yang diterajui pembangkang kerana tidak mahu kerajaan2 negeri ini memfitnah dan membohongi rakyaat kononnya projek2 tersebut adalah usaha dan anjuran mereka.

Bahkan parkara ini juga diaplikasikan di negeri2 Malaysia Timur dan berjalan dengan jaya. Perlu diingat para pegawai projek2 persekutuan ini rata-rata juga adalah daripada anak2 negeri yang terlibat dan juga perlu bekerjasama dengan agensi2 tempatan di bawah kelolaan kerajaan negeri. Selain daripada itu mampukah agensi2 di bawah kerajaan2 negeri untuk mengawal-selia projek2 persekutuan yang bernilai ratusan dan ribuan juta?

Jestru dakwaan Nik Aziz, bahawa kerajaan pusat sengaja mempolitikkan bantuan2 ini sama-sekali tidak boleh diterima. Yang jelas, parti2 pembangkang tidak lagi boleh "menipu dan membohongi" rakyaat kononnya projek2 besar yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan dilakukan atas hasil-usaha kerajaan negeri semata2.

Jika dilihat pula kepada bantuan pembiayaan untuk kerja2 penyelengaraan jalanraya, parit dan lain2 yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan2 negeri , peruntukkan2 ini yang bernilai puluhan dan ratusan juta diberikan dan diaggihkan secara terus kepada agensi2 kerajaan yang berkaitan. Walaupun projek2 ini hasil peruntukkan Kerajaan Persekutuan, ianya selalu disalah-tafsirkan sebagai usaha kerajaan negeri pembangkang.


1 comment:

  1. kes cerai ialah salah satu bukti besar yang menunjukkan terlampau extreme pada politik menyebabkan umat islam berpecah-belah...Puncanya sentimen kebencian yang tak putus2 ditanam kaum PAS...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.