9 Jul 2012

Dr Chua Nasihat Guan Eng - Kalau X Bersalah, Kenapa Nak Takut???



Dr Chua diminta mengulas mengenai laporan akhbar berbahasa Mandarin yang antara lain menyebut isteri Lim, Betty Chew Gek Cheng meminta Wong menasihati Dr Chua agar mengarahkan pemimpin MCA berhenti daripada menyalah guna sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membangkitkan dakwaan skandal Lim.

Mengulas lanjut, Dr Chua berkata pertanyaan yang dilontar wakil rakyat MCA bagi kawasan Duyung, Datuk Gan Tiang Loo pada sidang DUN Melaka Selasa lepas hanya soalan biasa yang boleh ditamatkan dengan jawapan ringkas "ya atau tidak".

"Kalau tak ada, cuma bangun dan nafikan, isu akan berakhir di situ," katanya.

Ditanya mengenai gesaan Lim agar beliau memohon maaf kepada Betty berhubung kenyaan Gan itu, Dr Chua berkata: "Mengapa saya harus minta maaf? Yang patut menjawab adalah beliau dan Betty, bukan saya.

"Yang memanjangkan isu ini bukan kami (MCA) tetapi Guan Eng dan juga Betty," katanya.

Sementara itu, Lim berkata Dr Chua wajar minta maaf kepada beliau dan isteri serta seluruh wanita di atas perbuatan Gan "melontarkan tohmahan tentang isu itu semasa persidangan DUN dan telah menjatuhkan maruah wanita."

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.