18 Jun 2012

Suatu Perkara Yang Ustaz Azhar Idrus Perlu Belajar Dari Mantan Mufti Palestine???

Ustaz Azhar Idrus gemar ‘melawak jenakakan’ syarahan agama. Menurut Sheikh Akrama, perbahasan atau perbincangan isu keagamaan oleh ahli agama mestilah berlaku dalam keadaan tenteram, saling menghormati dan menjaga adab dalam berbahasa.

Menurutnya lagi Sheikh Akrama sesuai dengan Firman Allah swt yang bermaksud, “dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik”.

Sedangkan kalau nak dibandingkan dengan ceramah Azhar Idrus, penuh dengan lawak jenaka tidak perlu dan kata-kata yang menganjur kepada benci membenci sesama Muslim yang lain. Tidak lagi disebut tentang sindir menyindir individu tertentu yang tidak selari pendirian dengannya dan agama baru yang dianutinya, PAS.

Sebenarnya trend ini telah dilakukan lama oleh penceramah PAS dan PKR (termasuk Nik Aziz), tapi ceramah mereka ialah ceramah politik, bukan ceramah agama, dengan itu tidak perlu diberi perhatian sangat.

Berbeza dengan ceramah Azhar Idrus (sebelum ‘warna’ sebenarnya terdedah). Bermula dari hari ini masyarakat Malaysia ini penulis minta jauhkan diri dari Azhar Idrus ini. Azhar Idrus sebenarnya tidak jauh beza dengan artis-artis yang terkenal kerana penyertaan dalam program realiti - segera, tidak berkualiti dan kalau pun ada yang baik, tidak bertahan lama.

Apatah lagi bila dari segi kelayakan untuk mengajar agama, hampir tidak ada, yang dia ada ialah kebolehan berpusing-pusing semasa bercakap.

Ikutlah nasihat ilmuan Islam seperti Sheikh Akrama yang telah bersusah payah datang ke Malaysia menyampaikan sendiri "first hand" information tentang adab yang sebenarnya penting di dalam menyampaikan dakwah. Nukilan klik sini.


Komen Isac;

Lain lah kalau Ustaz Azhar telah merasakan dirinya telah terlalu bagus...

3 comments:

  1. Hello! Salam satu Malaysia!

    sebenarnya,
    Ustaz Azhar pun belajar agama dengan lebih mendalam semasa berumur 25 tahun. 12 tahun selepas itu barulah dia bergelar ustaz.

    Itupun Ustaz belajar dengan tok guru di mana, dia mencari dan belajar sendiri dengan bersungguh-sungguh. Sekolah pondok mana pernah masuk. Mesir Jordan pun tak pernah belajar kat sana. Tapi berkat usaha mendalami Ilmu, dia berjaya memnyampaikan dakwahnya.

    Setiap manusia ada kelemahan, mungkin apa yang Ustaz buat itu mahu menarik minat para remaja kini. Itulah strateginya. Selain tidak bosan, mereka juga dapat point yang ustaz berikan. Malah Ustaz pun banyak menjawab tentang masalah melalui soalan.

    ReplyDelete
  2. Salaam

    Senarai ulamak terkini Dunia yg popular:

    Kem Sufi Sunni - Sdr Yusuf Hamza http://en.wikipedia.org/wiki/Hamza_Yusuf

    ucapan http://www.youtube.com/watch?v=DELDFAE6p6c

    Kem Salafi Sunni - Sdr Yasi Qadhi http://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Ammaar_Yasir_Qadhi

    ucapan http://www.youtube.com/watch?v=eksjD4OHa8M

    Mereka ini Dgn izin Allah Top rated Ulamak..berceramah dan berdialog dgn calang2 bukan Islam Di Amerika,UK,Asia,Australia..!

    Dari Malaysia hanya satu jer utz yg berani berceramah luar negara iaitu Utz Hussein Yee

    http://en.wikipedia.org/wiki/Hussein_Ye

    ucapan http://www.youtube.com/watch?v=rvzJpnvhB5k

    Saya bukan anti UAI..tapi selagi kata2 ucapan suka memanggil bodoh tak benti dari mulutnya..selagi tu lah sy anggap dia utz jaguh kampung..!


    Jazakullah..!



    ReplyDelete
  3. anon 01:22...kalau kena batang sendiri, pandai kita kata setiap manusia ada kelemahan sendiri..tapi kita tak pernah fikir ketika kita serang orang bahawa orang itu juga manusia seperti kita yang mempunyai kelemahan sendiri..rasionallah sikit..hujahlah dengan ilmu.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.