30 Jun 2012

Lagi Bantuan Kerajaan Pusat Untuk Menaik-taraf Loji Air di Kelantan.


BACHOK - Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) sememangnya amat prihatin terhadap masalah rakyat terutama dalam masalah air yang 22 tahun gagal diselesaikan Pas Kelantan.

Keperihatinan itu terbukti apabila Putrajaya meluluskan pinjaman mudah  RM26.7 juta kepada kerajaan negeri Kelantan untuk menaik taraf loji rawatan air bersih bagi kepentingan penduduk di sekitar Kota Baharu.

Pengumuman itu dibuat  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin bahawa  projek itu membabitkan loji rawatan air di Pintu Geng, Kota Baharu.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, peruntukan itu diluluskan pada 30 Mei lepas atas permintaan kerajaan negeri.

"Ia selepas diteliti serta merasakan ini sesuatu yang perlu disegerakan bagi kepentingan rakyat Kelantan," katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok    berkata, sehingga ini kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan kepada kerajaan Kelantan keseluruhannya berjumlah RM714.05 juta bagi tujuan yang sama.

Awang Adek berkata, kelulusan projek itu tiada kaitan dengan kepentingan politik Barisan Nasional (BN) walaupun ia hampir dengan proses pilihan raya umum ke-13.
Sebaliknya, katanya, ia berdasarkan keprihatinan kerajaan persekutuan terhadap nasib rakyat yang sedang menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih terutama pada musim kemarau. Sumber klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.