12 Jun 2012

Gempar!!! Pas Bina Jirat Cina di Palekbang???


KOTA BHARU — Pas Kelantan terus mengekalkan taktik yang sama sejak 20 tahun lalu iaitu mengumumkan projek mega ketika pilihan raya umum hampir menjelang bagi meraih undi rakyat.
Jika sebelum ini, Pas memperkenalkan beberapa projek diantaranya Jambatan Palekbang – Kampung Cina merentasi Sungai Kelantan (foto sebelah - dah macam jirat Cina), Pelabuhan Darat di Kuala Krai dan Afta City di Rantau Panjang, kali ini pemimpin parti itu mahu melancarkan projek Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai dan stadium baru di Pasir Puteh.
Untuk rekod semua projek mega yang diumumkan sejak lebih 16 tahun lalu tidak pernah dilaksanakan.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya merasa malu dengan kegagalan melunaskan janji-janji lama mereka.
“Seperti jambatan merentangi Sungai Kelantan antara Kampung Cina di sini ke Palekbang di Tumpat pada 1996 dan membina Pasar Baru Pasir Mas yang dijanjikan pada 2005 sehingga kini tidak dilaksanakan terutama jambatan tidak nampak sebarang tanda yang dilaksanakan.
“Mana janji-janji yang mahu membina projek-projek itu dan UMNO tidak hairan PAS kembali menabur janji-janji baru menjelang pilihan raya umum ini,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Herbs and Beauty Fest 2012 di perkarangan Kompleks Mara di sini, hari ini.
Mohamad Fatmi berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan Pas Kelantan yang mengumumkan pelbagai projek mega setiap kali menjelang pilihan raya umum.
Terbaru, kerajaan Pas Kelantan dikatakan akan mengadakan majlis pecah tanah pembinaan Lebuh raya Kota Bharu – Kuala Krai pada 28 Mei ini di Felcra Berangan Mek Nab, Machang.
Mohamad Fatmi yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, terlalu banyak projek mega yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kelantan tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa yang dilakukan.
“Pada tahun 2004 dan 2008, kerajaan Pas Kelantan keluarkan borang perumahan rakyat tetapi borang hanya tinggal borang, satu rumah pun tidak ada,” katanya.
Pada masa yang sama beliau berharap Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kembali memainkan peranan dalam memajukan Kelantan yang dilihat tidak bermaya dalam memacu pembangunan di negeri itu.
“Rakyat Kelantan tidak tahu apa peranan PKINK sekarang yang dilihat lesu dan senyap. Kembalilah kepada peranan asal untuk terus merangsang ekonomi di Kelantan,” katanya. Sumber klik sini.

2 comments:

  1. Salam... Bro mohon untuk masukkan blog ini ke dalam bloglist Bro... http://www.cywarputrajaya.com/
    Ini blog baru aku, blog lama akan ditutup berikutan masalah kerenah birokrasi dengan Google... Mohon untuk remove blog http://exception2008.blogspot.com/ dari bloglist (jika ada)

    ReplyDelete
  2. Macamana nak tunaikan .. kerajaan pusat tak bagi loyalti minyak

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.