14 Jun 2012

DS Ir Nizar Jamaluddin Dicabar Bertanding di DUN Johor???


PANAS....Sultan Johor hentam Nizar dalam titah rasmi sidang Dewan Undangan Negeri

Ahad, 10 Jun 2012 22:17WARTAWAN AGENDADAILY 


Keceluparan Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai WWW 1 masih belum beres di hati Sultan Johor.Baginda meluahkan rasa murka dalam titah merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Nusajaya Khamis.


Ketika menyentuh isu berkenaan baginda mengingatkan Timbalan Persuruhjaya PAS Perak itu agar tidak berlagak pandai pada hal yang beliau tidak tahu.


"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?


"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda.

Sultan Johor bertitah tindakan Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang,Perak itu sedar mengenai kesilapannya.

Baginda juga bertitah adalah tidak perlu menghebahkan apa yang baginda sudah buat untuk amal jariah.

Titah baginda ia selalu dibuat mengunakan saluran yang betul.-14/6/2012


Komen Isac;

Kalau beliau sememangnya mahu menamatkan karier politiknya, silakan lah...

Mengapa lah agaknya pemimpin2 Pakatan yang ber "title" Ir. selalunya macam X berapa nak betul??? Ir. Khalid Samad pun sama.... Ada beberapa orang lagi pun sama....

Mungkin Lembaga Jurutera Malaysia perlu membuat pemantauan...

1 comment:

  1. jangan cuba berlagak pandai jika tak berilmu, jangan sibuk cari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tak mampu diubati...hahaha padan muka kau Nizar Lambai

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.