19 May 2012

Muzakarah - Giliran Hj Hadi Sabotaj Nik Aziz Pula???



Di Marang, Terengganu, semalam, Abdul Hadi sebaliknya menunjukkan tembok yang begitu sukar dilepasi Umno bagi merealisasikan pelawaannya itu.

“Umno tidak ikhlas. Jika benar parti itu ikhlas mahu bermuzakarah dengan Pas, betulkan dahulu sistem pilihan raya. Selagi sistem pilihan raya tak dibetulkan, bagaimana Umno yakin mereka telah bersedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah?” katanya.

Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelmarin dipetik berkata bahawa Umno sedia menyahut ajakan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Artikel penuh klik sini.

Komen Isac;

Dua kali kesediaan Hj Hadi mahu bermuzakarah dengan Umno termasuk mewujudkan kerajaan perpaduan telah ditemplak Nik Aziz sebelum ini.

Mungkin inilah masanya untuk Hj Hadi membalas dendam....

Yang pasti dari 8 tuntutan Bersih terhadap SPR 7 telah diterima dan cuma berkempen selama 7 hari yang mahu ditukarkan kepada 21 hari sahaja yang ditolak SPR. Itupun telah ditambah kepada 10 hari.

Jestru apa lagi yang mahu dipertikaikan oleh Hj Hadi???

1 comment:

  1. MACAM ADA MAUFAKAT YANG DISOROK SOROK UNTUK SENGAJA MENGELIRUKAN ORANG RAMAI JER ...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.