2 Apr 2012

Pakatan Bakal Hapus Hutang PTPTN Jika Berjaya Merampas Putrajaya???


Menabur janji semua orang pun boleh!!! Lihat sahaja kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan, dahulu dalam PRU 12 mereka telah berjanji akan memberikan RM 1000.00 bagi setiap pelajar yang dapat masuk ke IPT!!! Apa jadi dengan janji2 tersebut???

Bahkan sejak mereka memerintah negeeri Selangor, banyak hartanah milikan syarikat2 milik kerajaan negeri terpaksa mereka jual untuk menampung kos mentadbir negeri Selangor. Mengapa jadi sampai begitu teruk ??? Jawapannya mereka tidak bijak dalam mentadbir dan menarik pelaboran.

Dengan memberikan semua pelajar biasiswa akan menjadikan mereka malas dan tidak berdaya saing. Tambahan pula kos pengajian mereka di dalam di IPT sebenarnya telah ditanggung 90% oleh pihak kerajaan samada mereka sedari ataupun tidak. Ini kerana kos yuran yang dikenakan di IPTA hanyalah 10% berbanding yuran di IPTS.

Apapun penulis percaya kerajaan BN juga perlu memberikan penambah-baikan dalam skim pembayaran balik PTPTN.

Kadar faedah 1% memangnya baik, penglupusan pinjaman untuk pelajar2 yang mendapat kelulusan Ijazah kepujian kelas pertama juga sememangnya baik. Tetapi wajar juga diberikan pengecualian 50% (misalnya) kepada pelajar2 yang lulus dengan mendapat kepujian peringkat kedua atas. Ini bakal menjadikan mahasiswa kita lebih berusaha kuat dan berdaya saing.

Alasanya mudah, berapa ramai para menteri dan YB kita yang lulus dengan mendapat ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama??? Lihat sahaja Anwar dan Mat Sabu, adakah mereka lulus ijazah sarjana muda kelas pertama???

4 comments:

  1. kalau betul mereka nak hapuskan ptptn.hapuskan yuran untuk kami di UNISEL dulu. Ni dekat unisel pun dah terugang ambing nak hapuskan ptptn.nampak sgt nipunya.dan kalau btl nak hapuskan ptptn.cuba bg pendidikan percuma bg pemegang ic 10(selangor) di unisel kalau nak bg secara keseluruhan secara percuma x mampu...PR nipu je lebih...muak dah

    ReplyDelete
  2. ang pn nk jd samdol gak ka yusmadi oiii,takat ampa punya janji tu boleh simpan la..ampa pny stail bkn org xtau..arini kata nk hapus apa semua..nnt bila xboleh nk buat ampa tuduh k'jaan sblm ni pny pasai sbb tu xleh nk buat..sembang mcm abg non ang tu jugak..pooodahhh..

    ReplyDelete
  3. geng2 bingai je yang percaya... kalu bg biasiswa berapa yg akan hargai? brape ramai akan jadi mahasiswa berkualiti? skrg pun ramai mahasiswa yg sampah.. mak ayah hantar p blajar tp p cari penyakit.. lepas tue mula la kena reject u, lahir anak luar nikah, buang bayi dll.... lgpn ptptn dah janji akan jadikan hutang ptptn sbg biasiswa dgn syarat dapat keputusan cemerlang.. .tp berapa ramai yg sahut cabaran tue? yg bodoh duk protes ramai la.. pengikut puak2 kaum luth.. susah nak diajar....

    ReplyDelete
  4. ketika menuntut di UM pda tahun 60han kurang yg dpt kelas pertama dan dua atas....kebanyakannya paras hidung nyawa2 ikan termasuklah rakan kita Anwar ibrahim BA sastera kelas ketiga tak silap akulah( maaf ye nuar kalau ana tersilap)...sebab dah terlalu lama dah...lebih 40 th yg ana ingat kami semua dpt biasiswa kerana pelajar tak ramai lagi....walau kelas ketiga itu dah hebat dah bleh jadi pgawai tinggi jadi orang besar da!...ana teringat dan rindu kat dewan tunku chanselor dn pak ungku Aziz yg banyak berjasa membantu mmenghasilkan graduan2 Melayu yg berjaya jadi pemimpin yg hebat2 spt TPM TS Mohyiddin yassin dan ramai lagi...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.