11 Apr 2012

BN Tiada Calon Untuk MB Selangor Sebagaimana PR Tiada Calon TPM???

Barisan Nasional (BN) didakwa tidak mempunyai calon layak mengisi jawatan Menteri Besar sekiranya perikatan itu berjaya menawan kembali negeri Selangor, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Wakil rakyat DAP itu berkata, sejak empat tahun lalu, pimpinan parti itu langsung tidak menyebut siapa yang bakal menjadi calon Menteri Besar Selangor sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya hendak tanya sekiranya BN menang dalam PRU akan datang, siapa yang akan MB Selangor.

“Selepas empat tahun, langsung tidak ada orang yang disebut-sebut untuk jawatan itu, kita semua tahu apa sebabnya, ini kerana BN tidak ada pemimpin yang layak,” katanya yang juga ahli jawatankuasa DAP Selangor.

Beliau berkata, ia berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah menunjukkan kebolehan dan kewibawaan dengan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
 
 
Komen Isac;

Itu kata mereka, tapi yang jelas sehingga kini  kabinet bayangan PR yang mereka war-warkan sekiranya dapat merampas Putrajaya pada PRU 12 yang lalu masih X nampak bayang!!!

Setelah 4 tahun berlalu dan PRU 13 hanpir menjelang tiba mereka masih tak berani untuk menamakan siapakah yang bakal menjawat jawatan TPM, Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran....

Kesihan....

1 comment:

  1. ni la yang menunjukkan kebebalan seorang MP. dengan penglaman 50 tahun lebih memerintah. ape yang susah buat BN nak cari calon MB. tengok Perak ari tu. senang je dapat MB. Die ni bebal sekali. yang undi die bebal bekali-kali

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.