21 Apr 2012

Asyik Berdemo dan Menjadi Bahan Propaganda Pembangkang - Macam Mana Nak Ada Ilmu???

PULAU PINANG -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan para graduan supaya menguasai ilmu pengetahuan yang diperoleh kerana ia amat penting kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara.
Baginda, yang juga Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) bertitah menerusi penguasaan ilmu pengetahuan akan menjadikan seseorang itu lebih baik, masyarakat lebih sejahtera dan negara lebih aman sejahtera.
"Dengan adanya ilmu pengetahuan, kita mampu mencipta sebuah kegemilangan, akan tetapi kegagalan menguasai ilmu pengetahuan akan membuatkan sesebuah kegemilangan hancur hanya dengan sekelip mata," titah baginda pada Upacara
Konvokesyen ke-45 USM di Dewan Tuanku Syed Putra, di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Tuanku Syed Sirajuddin juga mengingatkan para graduan supaya sentiasa mengingati dan menghargai sumbangan dan pengorbanan ibu bapa walaupun telah berjaya.
Baginda bertitah adalah penting untuk setiap orang mengamalkan budaya timur dan nilai kekeluargaan bagi mengelakkan berlakunya perkara negatif. "Saya percaya bahawa inilah asas yang perlu diingat dan dipertahankan agar ilmu pengetahuan yang kita perolehi di universiti membawa makna sepanjang hayat.
"Biar siapa pun diri kita, biar di mana pun bumi dipijak, inilah asas yang saya harap agar saudara-saudari sentiasa simpan buat pedoman," titah baginda. 


Komen Isac;

Takat cukup makan boleh lah...Nak jadi hero??? Contoh depan mata dah ada....

X payah balajar susah2.... Selalu buat kecoh, dapat jugak sampai jadi TPM...

Ingat senang ke nak sampai tangga jadi TPM?

Dalam Malaysia ni berapa kerat sahaja yang sampai...


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.