9 Mar 2012

Sah Parlimen Bubar???

PRU 13 semakin dekat???

Bubar Perlimen???

Penyelesaian isu pelarasan gaji kakitangan awam menghangatkan lagi ramalan ini.

Biarlah Pakatan Rakyaat dengan ramalan2 mereka...

Pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) setelah kerajaan mendapati berlakunya "kesilapan besar" dan "ketidak-keseimbangan" nya yang seolah2 "melebihkan" pegawai2 peringkat atasan, wajar diberikan pujian kerana sanggup mengakui kesilapan mereka.

Walau bagaimanapun "pegawai2" yang bertanggung-jawab melakukan rombakan/penyelarasan tersebut juga perlu bertanggung-jawab!!!

Adakah ini sebagai satu usaha sesetengah mereka "mensabotaj" kerajaan BN, dari dalam???

Adakah ini sengaja dilakukan oleh pegawai2 tinggi yang mahu gaji mereka dinaikkan sekali ganda??? Sehingga menaikkan kemarahan kelas pekerja pertengahan dan bawahan yang mewakil majoriti kaki-tangan awam???

Menteri dan kementerian terbabit juga wajar mengambil tanggung-jawab!!!

Pengajara kepada isu ini penulis percaya bahawa kelulusan (SBPA) telah diberikan hanya berdasarkan kepada peratusan keseluruhan kenaikkan semata2 dan sebaliknya ianya tidak dilihat secara terperinci kenaikan mengikut gred. Pelarasan gaji yang sepatutnya "mengembirakan" kakitangan awam telah menjadi "racun" kepada ketidak puas-hatian mereka kepada kerajaan.

Pelarasan gaji kakitangan awam sebenarnya baru sahaja dilakukan pada 2007 di zaman Pak Lah dan jika ianya tidak dilakukan sekarangpun penulis percaya kakitangan awam masih boleh bersabar. Tetapi gara2 penambah-baikan yang dilakukan secara sambil lewa oleh pegawai2 dan kementerian yang berkaitan usaha "mengambil hati ini" sebaliknya telah hampir2 membuatkan BN kehilangan Putrajaya.

DS Najib wajar mengambil pengajaran daripada isu ini, jangan terlalu percayakan menteri2 anda!!! Mungkin pengstrukturan semula kabinet wajar dilakukan serkiranya PRU hanya akan dilakukan pada awal 2013.


1 comment:

  1. Tq Najib. Apa-apa pun boleh asal jangan dikurangkan kakitangan awam.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.