2 Feb 2012

Siapakah di Antara Ahli Politik Kita Yang Akan Mengalami Nasib Sebegini???


Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah di bawah arahan beliau. Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya.

Dan sekarang, mungkin Ariel Sharon telah menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah s.w.t. tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi sesiapa. Ariel Sharon telah bertahun-tahun umpama mayat hidup yang telah jatuh koma sejak 4 Januari 2006. Mungkin inilah yang harus “bayar” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa rakyaat Palestine dan kezaliman yang telah dilakukannya ke atas mereka selama ini.

Umurnya kini hampir menjangkau 84 tahun. dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun,Wallahualam...

Sedar tak sedar telah hampir enam tahun Sharon berada dalam keadaan koma. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati..
 
Mudah-mudahan nasib Sharon dijadikan iktibar oleh ahli-ahli politik kita yang semakin hari semakin melampui batas...
 
Walaupun mereka mungkin tidak sampai ke tahap melakukan "pembunuh beramai-ramai" tetapi kelakuan mereka juga tidak kurang "menjijikkan"...
 
Ada di antara mereka yang sanggup mengkafirkan saudara seIslam...
 
Sanggup mengeluarkan fatwa-fatwa yang menyesatkan umat...
 
Sanggup memfitnah lawan politik sabagai pembunuh, penzina, memakan rasuah dan lain-lain demi kuasa dan populariti...
 
Sanggup mengangkat peliwat dan penzina tegar sebagai pemimpin demi untuk berkuasa...
 
Sanggup berlakon kononnya diracun dengan racun arsenik...Disuntik virus HIV...,
 
Berlakon sakit belakang, sakit tengkok, tak boleh berjalan kononnya kerana disakiti musuh politiknya...
 
Memakan dan menyelewang duit rakyaat tetapi menunding jari kepada pihak lawan...
 
Sekutu kuat Yahudi tetapi sebaliknya menunding jari ke arah pihak lawan....
 
Menggadai agama, bangsa dan negara....
 
Merampas tanah wakaf....
 
Merompak kekayaan negara....
  Sharon semasa masih sihat.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.