19 Feb 2012

Nik Aziz "Tak Kisah" Anwar Perjuangkan Keselamatan Negara Israel???

Itu dia punya pasal – Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Nik Aziz wajar perjelaskan apa yang beliau maksudkan dengan "Itu tak apa, dia punya pasal, tidak ada apa" terhadap kenyataan Anwar.

Sifat "tidak kisah" beliau dengan pendirian Anwar yang yang jelas "menyebelahi Israel" akan meletakkan Mursyidul Am Pas dan parti Pas "satu kapal" dengan Anwar.

Rakyaat Malaysia mahu tahu apakah sebenarnya pendirian Pas dalam isu ini.

Ini kerana jika Pas boleh berkompromi dengan perkara sebegini, bolehkah Pas dipercayai lagi???

3 comments:

  1. pandanganm sebegini bolih diperluaskan sebagai beriku - pas pun tidak kisah bangsa melayu dihalau secara halus dan kasar dari pulau pinang, tak apa katanya itu stail khalifah omar abdul aziz versi dap memerentah tak apa lah jika dia nak halau semua bangsa melayu pun kat pulau pinang tu.

    ReplyDelete
  2. Kami Ahli sejati PAS tetap SOKONG Anwar Ibrahim untuk mempertahankan Isreal menjahanamkan Palestine! Hidup Anwar, Hidup Pakatan, Hidup Zionist.....

    ReplyDelete
  3. Pok nik cakap malam lain cakap siang lain..ckp pagi lain..ckp petang lain pulok !!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.