26 Jan 2012

Pas Bakal Kekalkan Kelantan Dalam PRU 13??? Apa Kata Rakyaat Kelantan???

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
January 25, 2012

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Pas akan mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan meskipun mendapat tentangan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau yakin keupayaan pemimpin Pas Kelantan yang sentiasa berusaha gigih walaupun berdepan dengan BN yang diketahui mempunyai sumber kewangan yang besar dalam usaha mereka merampas negeri ini.

“Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak, maka mereka bercakap demikian, kami di Kelantan ini juga berusaha menentang sekeras-kerasnya Umno demi mempertahankan Kelantan ini,” katanya kepada media selepas melepaskan rombongan Kelantan Ride di pekarangan Kompleks Darul Naim, di sini hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melakukan lawatan ke Kelantan, yakin BN mampu merampas kerajaan Kelantan dari Pas yang memegang tampuk pemerintahan lebih 20 tahun.


Komen Isac;

Pengundi-pengundi di Kelantan wajar menolak Pas yang dilihat gagal memegang amanah untuk membangunkan Kelantan selepas 21 tahun pemerintahan mereka.

Sampai bila masalah air mahu dideritai bersama???

Bagaimana pula dengan masalah sosial??? Walaupun digelar serambi Mekah, masalah Aids, penyalahgunaan dadah dan pelacuran tidak mencerminkan "gelaran" tersebut???

Bagaimana pula dengan umur TG Nik Aziz yang telah menjangkau 81 tahun, adakah ianya sunnah Rasullullah??? Memerintah pada usia yang sebegitu lanjut??? Fikir-fikirkan...






4 comments:

  1. Isac: awk pernah pikir2kan ke??

    ReplyDelete
  2. Saya baru balik dari melancong di Kelantan. Kesiannya penduduk Kelantan yg mundur serba serbi, kotor, jalan berlopak2, jurang miskin dan kaya yg besar, dan Masjid Cina yg tidak direka dgn elok hingga lelaki bebas melihat wanita berwuduk dan bersolat.

    ReplyDelete
  3. Ish ..Ish ..Ish ...biorlah Pok Nik nak terus jadi MB walaupun dah masuk 81 "tawun" . Gamaknya Pok nik nak catat rekod MB Kelate yg mati dalam opis.....

    Alahai ..Pok nik...Alahai...21 tahun jadi MB..tak buek apo pun...Percuma ...Kelantan negeri cantik tapi ..sori beb .."kotor " nak urus Majlis Perbandaran pun Orghang Tua ni trouble...apatah lagi urus negeri...setakat "Retorik" sesapa pun bole...kesian aku ..kesian...

    Mat KL

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.