20 Jan 2012

Nak Masukkan Anak ke MRSM Pun Susah Sangat!!!


Penulis mempunyai seorang anak tunggal.

Pada tahun 2008, keputusan UPSR beliau dapat 5A memohon memasuki tingkatan 1 di MRSM (2009), telah ditolak.
Tahun 2011, keputusan PMR mendapat 8A, memohon masuk ke tingkatan 4 di MRSM (2012) juga telah ditolak.

Apa komen pembaca???


35 comments:

  1. Nasib tak menyebelahi kerana ramai sangat anak-anak yang cemerlang sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. KOMEN AKU... DAH SEMAKIN RAMAI ANAK2 MALAYSIA BIJAK BRO.. XPE, BUKAN REZEKI ANAK KE SANA.. JGN RISAU... SEK KERAJAAN BIASA PUN MAMPU CATATKAN KEPUTUSAN CEMERLANG!

    ReplyDelete
  3. Kita serupa, sampai skg tak tau nape. Kalu laki-bini keje gomen lagi susah dpt pasai tak leh nipu gaji. Keje swasta buleh adjust2 skt.Katanye amek anak, sedara-mara X-Mara student, ntah betul ke tidak??? Pe2 pun yg nyata ada cable ada buleh masuk.

    ReplyDelete
  4. Kita orang kampung mana ada " kabel " dapat 9A pun belum tentu dapat masuk MRSM..

    ReplyDelete
  5. Dia utamakan pelajar luar bandar...isteri dan adik merupakan bekas pelajar MRSM,masing2 memperolehi 7A dan 8A,dan belajar di sekolah kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jawapan ano 11.15 di mana matlamat penubuhan asalnya ialah untuk memberi ruang kpd pelajar miskin luar bandar untuk mendapat didikan kelas pertama sepertimana mereka di bandar.Untuk mereka dari luar bandar kelulusan mereka mungkin lebih rendah dari mereka yg bersekolah di bandar dan rakyat jelata telahpun akur dgn syarat tersebut.Jadi bagi mereka yg belajar di bandar bandar besar janganlah bersifat dengki atau terasa /BERPERASANGKA BURUK dgn sebab anak kita tak dapat masuk MRSM .Kalau dulu betul ramai telah menyalahgunakan MRSM atau SMS kerana di penuhi oleh mereka yg tidak sepatutnya berada di situ seperti anak anak bekas PM serta menteri lain sehinggakan ada yg sampai sekarang menjadi pengerusi/penaung persatuan bekas pelajar tapi sekarang di bawah pentadbiran baru ni kita nampak suatu perubahan yg jelas di mana anak anak luar bandar di utamakan sepertimana asas penubuhannya,syabas.

      Delete
  6. Kesian penulis,agaknya penuh dah MRSM dengan anak anak puak puak PAS dan PKR. Depa pandai bab kepentingan diri sanggup mintak sokongan YB UMNO.


    Khalid Tak Gagap

    ReplyDelete
  7. Perkara sama pernah berlaku pada saya. Susulan ke pejabat MARA Jln Raja Laut...diberitahu kena jumpa Pengarah, sebelum tu ditanya dulu, "Ada kenal menteri Tak?"...susah anak2 kita orang biasa ni. Pg kat MRSM yang hantar anak2, mak bapak kete paling koman ALPHARD. Sekolah berasrama penuh pun sama.Ada yang datang interview seminggu sebelum keputusan penempatan dikeluarkan.Yang lain dah interview berbulan sebelum tu. Kes yang ni banyak cable politik. Redha je la, sekolah biasa pun dah ok.Alhamdullilah anak saya sedar diri,teruskanmotivate anak untuk terus belajar. Kejayaan bukan hanya di MRSM atau SBP. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Sama lah kita, dulu pun tak dapat,sekarang pun tak dapat. Tak dak rezeki la tu. Harap2 tak ada lah yang dapat tu guna pintu belakang atau favors. Kalau hanya yang berkelayakan yang dapat tak apa lah

    ReplyDelete
  9. 1. Dah memang bukan rezeki dan terimalah Qada dan Qadar yang telah ditentukan. Yang penting usaha telah dilakukan.

    2. Tak semestinya tak berjaya masuk MRSM tak berjaya dalam hidup.

    3. Anak saudara saya pernah ditawarkan ke MCKK sebanyak 2 kali iatu selepas UPSR dan PMR. Tapi ibubapanya merasakan ada anak-anak orang miskin yang lebih layak dan memerlukan tempat disekolah tersebut. Keputusan yang bodoh? Tidak sama sekali kerana anak saudara saya itu telah pun berjaya dalam hidup dari segi pencapaian pelajaran, kerjaya dan ikatan kekeluargaan yang kuat bersama ibubapa dan adik-adiknya yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. totally stupid kerana reject tawaran mckk..

      Delete
  10. Lu apa susah loor..lu..kasi ulur kasi cenang kata APek Tokeh Babi

    ReplyDelete
  11. askum tuan,tuan x bgtau jantina anak tuan.biasanye pihak MARA akan menitikberatkan pelajar2 lelaki dahulu.kemudian barulah pelajar perempuan,biasanya golongan luar bandar yang diutamakan.kemudian barulah pelajar di kawasan bandar.tetapi walau apa pun tuan,rezeki di tgn Allah.jgn mudah berputus asa.wasalam

    ReplyDelete
  12. salamz tuan,
    x d nafikan, agak payah kerana itu untung nasib.
    tapi sy juga sama seperti tuan, x dapat. redha dgn ketentuannya.

    ReplyDelete
  13. ANAK AWAK LEBIH PANDAI SEKOLAH BIASA DARI MRSM ,,BUKTINYA DAPAT 5A MASA UPSR SEKOLAH BIASAKAN? DAPAT 8A DALAM PMR SEKOLAH BIASAKAN? ITU SEMUA UJIAN ALLAH NAK TENTUKAN KITA SYUKUR ATAU TIDAK,,SEKOLAH BUKANLAH PENYEBAB UTAMA MANUSIA JADI PANDAI,,BUKTINYA RAMAI YANG PANJAT PAGAR KAT UPSI,, BOLEH FAHAMKAN AKHIR SEKALI KITA KEMBALI PADA RUKUN IMAN KE 6 PASTI KITA AKAN LEGA

    ReplyDelete
  14. x de kabel la ni....

    ReplyDelete
  15. masalah ni bkn baru ni berlaku bro.......dah lama dah.klau ada kabel baik ada lah change nak masuk MRSM tp kalau stakat tunjuk keputusan cemerlang jer blum tahu lg bro......KEMENTERIAN BERTANGGUNG JAWAB KENA LAH BUKA MATA DGN MASALAH INI......bkn nak ckp tp kenyataan.

    ReplyDelete
  16. Tuan,

    Mungkin kerana kekurangan tempat, sbb dah ramai sgt dpt straight A's skrg. Macam dah xde nilai.

    Lagipun kalau masuk MRSM (or any other sekolah asrama penuh/teknik etc, for all that matter) tak akan menjamin 100% masa depan yg cerah. Saya dan kwn2 yang sekolah harian biasa pun skrg ramai menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta, entrepreneurs pun ada.

    Percayalah, rezeki tu ada Allah dah tetapkan. Cuma kena berusaha utk dptkan. Tak bermakna sekolah2 mcm tu glamourous, prestigious, anonymous or whatever ous lagi. Kdg2 end up berkarat jugak. Bergantung pada diri sendiri la.

    ReplyDelete
  17. dah pakai orang dalam ?

    ReplyDelete
  18. La, tak tau ke? Kene ada saudara kat pejabat mara tu!!!

    ReplyDelete
  19. Anak saya pun gagal ke program ulul albab MRSM. tempat amat terhad.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kepada semua inubapa yang merasa terkilan kerana anak2 tuanpuan tidak terpilih ke MRSM.
    Kita sebagai seorang ISLAM wajib kembali kepada rukun IMAN yang ke6 iaitu Qada' dan Qadar.
    Kita semua dan anak2 telah berusaha untuk mencapai keputusan 5A ke atau 8A. SYUKUR Alhamdulillah , ita bergembira kerana ALlah telah menganugerahkan kepada kita. Itu adalah Qada' dan Qadar dariNYE.
    Mengapa pula apabila usaha kita untuk menempatkan anak2 ke MRSM atau kemana tempat tidak berjaya, kita merasa KECEWA dan lantas menempelak pihak2 tertentu tidak telus dan sebagainya. TIDAKkah itu juga QADA' dan QADAR dariNYE, untuk menguji keimanan dan kesabaran kita apabila sesuatu pengharapan tidak diperolehi.
    Pada saya yang juga salah seorang bapa kepada anak yang tidak berjaya ke MRSM walaupun mendapat 5A, mengucapkan SYUKUR kehadratNYE kerana telah mengQADA' dan QADARkan sedemikian kepada saya. Setiap sesuatu yang dianugerahkanNYE samada yang kita sukai atau sebaliknya, hanya DIA yang maha mengetahui akan HIKMAH disebaliknya. Setidak2nya kita mendapat ganjaran pahala diatas kesabaran dan ketenangan jiwa apabila mendapat ujian, cubaan, dugaan dariNYE....Amin Ya Allah. SYUKUR ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  21. mrsm n sekolah pretasi tinggi adalah wadah politik...wpun keputusan terbaik jangan berpuas hati...usaha kan juga melalui pejabat adun masing2...tentu ada keutamaan juga...pengalaman saya melahir pelajar 5A n 8A perlu dapat sokongan politik juga...wadah perjuangan...mesti guna...sokongan...tu Tambahan dekat PRU....pasti...

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum,

    Saya adalah seorang ibu kepada pelajar 8A dari sekolah luar bandar. berusaha bersungguh2 dengan menghantar tiusyen dengan harapan kalau dpt 8A anak saya tiada masalah untuk minta mana2 sekolah yang bagus. End up....anak saya hanya ditawarkan ke sek. men. teknik sahaja sedang kan yang ditunggu2 ke MRSM dan SBP tidak berjaya. kecewa pasti bermain di hati...hubby kata dah tak ada rezeki...terima aje. mungkin teknik tempat yang sesuai untuk anak saya....ya lah saya mengikut aje. saya masih mencuba e-rayuan...tanpa mengunakan kabel...hanya kabel allah s.w.t....semoga keputusan nanti positif. tapi kalau dah sampai panggilah ke 3 pada bulan april....biarlah anak saya terus di sm teknik. teknik pun bagus juga apa!!!!!

    ReplyDelete
  23. asalamualaikum. anak saya berjaya ke mrsm program mara igcse, bandar seri alam. daftar pada 15 jan ini. alhamdulilah, rahmat itu datang dari Allah. sebelum maenghantar borang saya telah sediakan semua photocopy dokument peribadi, segala dokument akitivti, sijil sijil, result ujian dari tahun 1-6. memang tebal dokumen yang saya poskan. tak lama anak di panggil untuk ujian upkk subject english comprehension, math, sains dan temuduga. di suruh juga membaca surah yang di pilih oleh penemuduga. 8 jan terima sms anak saya telah berjaya. saya tidak gunakan apa apa kabel.ini adalah rahmat Allah dan usaha yang anak saya lakukan. kenyataannya anak saya berjaya melepasi ujian yang diadakan oleh mrsm. sementara menunggu mrsm anak bersekolah harian. anak sekarang ragu ragu untuk ke mrsm sebab sudah selesa dengan sekolah dan guru gurunya walaupun sebelum bersekolah anak saya begitu teruja untuk kemrsm. kami sekeluarga berbincang mengenai pro dan kontra besolat istikharah mohon petunjuk dari Allah swt. kami beri kebebasan untuk anak membuat pilihan sama ada ke mrsm atau kekal di sekolah harian. saya reda... cuma satu kekurangan mrsm sepatutnya keputusan daftar masuk harus sebelum sekolah di buka.

    ReplyDelete
  24. AsSalam... kpd penulis.. memang susah nk masuk MRSM... kawan saya pun menerima nasib yg sama... yg best-nya dia hantar borang permohonan siap dgn surat sokongan dari menteri 'itu' dan 'ini', lagi... Tapi.. yelah... Allah yg tentukan rezeki kpd setiap hambaNya... anak dia gagal juga utk masuk ke MRSM...

    ReplyDelete
  25. Salam,
    Syukur dan tahniah kepada anak-anaknya yang dapat masuk MRSM. Memang betul, semua sekolah sama , asalkan belajar betul, tapi selangkah ke MRSM or SBP sudah menunjukkan ada bayang boleh maju kedepan lagi. Sejarah dah membuktikan begitu dengan kejayaan anak2 di MRSM dan SBP. Tapi sejarah juga pernah membuktikan, bukan semuanya cemerlang dan anak2 disekolah biasapun masih boleh berjaya. Cumanya, memang seolah-oleh mcm dah jadi kepercayaan orang-orang kita sesetangahnya, bila gagal anak nak masuk ke MRSM ayat kabel, tak adil, kenal org politik etc pasti bermain-main.
    Pengalaman sya bersama dengan org2 yang bergelar guru, menteri pendidikan pernah memaklumkan kepada semua guru2 yang berkaitan bahawa MRSM khususnya keutamaan hendaklah diberikan kepada anak2 luar bandar dahulu. selebihnya barulah kepada anak2 dibandar. Memula tu, sya merasa tak adil sbb ini berkaitan pelajaran...kenapa nak di asingkan pemilihan tapi lama kelamaan kita kene amik kira juga dari segi ekonomi dan sebagainya dan kita kene redha... cumanya, yang tak sedapnya ada org sentiasa menyalahkan takdir sbb anaknya tak dapat ke MRSM or SBP. Nak masuk MRSM kene amik ujian khas ... bukan semua bleh lepas pun wpun yang pergi tu 5A or 8A. mcm2 subject yang di uji ... sya dimaklumkan juga, pernah terjadi susahnya nak pilih pelajar yang betul2 berkualiti nak di masukkan ke MRSM.. result UPSR n PMR semua cemerlang, tapi ujian khas, ramai yang gagal sebenarnya atau tidak menepati syarat.
    Jadi, kepada yang suka mengatakan ada kabel or not tu... cuba berfikiran positif skit ... bukan semua kita nak tu kita bleh dapat ,,, dan kalau tak dapat.. jgn salahkan org lain .. itu maknanya 'ADA BENDA YANG LAGI BESAR YANG ALLAH TELAH SEDIAKAN KEPADA KITA PADA MASA HADAPAN' percayalah sbb sya pernah alami semua tu ... dulu suka memberontak dan menyalahkan semua org .. tapi skrg ni lebih kepada pemikiran begitu dan 'JANJI ALLAH TAKKAN DIMUNGKIRI' percayalah ...
    Bukan semua pegawai MARA seperti yang tuan fikirkan. Mungkin ada juga' tapi, merekapun manusia juga..tak lekang buat silap ..
    InsyaAllah, kepada ibubapa yang harapannya nak masukkan anak ke MRSM tak berjaya..sya yakin, ada hikmah disebaliknya .. yang penting, anak2 itu kita bagi perangsang lagi..jgn dia lihat kita putus asa sbb kesannya pada mereka semua .. SALAM,,,

    ReplyDelete
  26. keturunan sunan gunung jati24 January 2014 at 21:57

    As salam semua. Wahai ibubapa ibubapa yang saya kasihi. Jangan risau atau susah hati bila anak tidak dapat ke mana mana sbp atau mrsm. Ada hikmah dari Allah. Itulah qada dan qadar Allah S.W.T dah tentukan. Sebagai orang Islam kita wajib percaya pada takdir dan ketentuanNya. Maaf ana kata kebanyakan ibubapa orang
    Islam di Malaysia sudah hampir2 tergelincir akidah dan kepercayaan kepada
    Allah Yang Maha Esa. Marilah muhasabah diri masing masing. Mungkin ada dosa pada mana mana manusia yang kita telah buat dosa yang sedari atau tidak. Saya salah seorang ibu yang anak ditawarkn ke sbp baru baru ini. Untuk pengetahuan semua, saya tidak ada menggunakan mana2 kabelpun. Hanya sentiasa menjaga lidah dan menjaga silaturrahim sesama manusia dan Allah Taalla.
    Berdosa besar jika kita menuduh ibubapa2 yang anaknya dapat tawaran sbp atau mrsm gunakan mana2 kabel. Bersihkan hati .Jgn bersangka buruk pada orang. Itulah
    Allah paling murka.wallahua'alam.

    ReplyDelete
  27. keturunan sunan gunung jati24 January 2014 at 21:59

    As salam semua. Wahai ibubapa ibubapa yang saya kasihi. Jangan risau atau susah hati bila anak tidak dapat ke mana mana sbp atau mrsm. Ada hikmah dari Allah. Itulah qada dan qadar Allah S.W.T dah tentukan. Sebagai orang Islam kita wajib percaya pada takdir dan ketentuanNya. Maaf ana kata kebanyakan ibubapa orang
    Islam di Malaysia sudah hampir2 tergelincir akidah dan kepercayaan kepada
    Allah Yang Maha Esa. Marilah muhasabah diri masing masing. Mungkin ada dosa pada mana mana manusia yang kita telah buat dosa yang sedari atau tidak. Saya salah seorang ibu yang anak ditawarkn ke sbp baru baru ini. Untuk pengetahuan semua, saya tidak ada menggunakan mana2 kabelpun. Hanya sentiasa menjaga lidah dan menjaga silaturrahim sesama manusia dan Allah Taalla.
    Berdosa besar jika kita menuduh ibubapa2 yang anaknya dapat tawaran sbp atau mrsm gunakan mana2 kabel. Bersihkan hati .Jgn bersangka buruk pada orang. Itulah
    Allah paling murka.wallahua'alam.

    ReplyDelete
  28. Saya amat kecewa..anak saya di tawarkan sbp tetapi saya reject kerana ada ura2 mengatakan jika kita reject sbp..baru lah mrsm terima..tetapi malangnya ada anak saya gagal di tawarkan mrsm. Menyesal saya tolak sbp.

    ReplyDelete
  29. Saya amat kecewa..anak saya di tawarkan sbp tetapi saya reject kerana ada ura2 mengatakan jika kita reject sbp..baru lah mrsm terima..tetapi malangnya anak saya gagal di tawarkan mrsm. Menyesal saya tolak sbp.

    ReplyDelete
  30. Ini semua kerana rezeki ... Yg lain adalah sebab musabab ketentuan hidup

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.