8 Jan 2012

Mengapa PKR Perlukan Supaya Dr. Hasan Ali Dipecat???


Mana tidaknya.... Ahli PKR walaupun dicanangkan mempunyai seramai 400,000 anggota tetapi pada pemilihan pucuk pimpinan yang lepas cuma 10% iaitu 40,000 orang sahaja yang keluar mengundi. Itupun termasuk mereka yang mengundi "berkali-kali". Ada yang mempercayai pimpinan PKR sengaja "menipu" jumlah sebenar ahli mereka.

Jestru apabila Dr Hasan Ali bekas Pesuruhjaya Pas Selangor menemplak Dr Rani, Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru kerana menyeru ahli-ahli Pas menyertai "Perhimpunan Bebaskan Anwar 901", Azmin Ali yang mensasarkan 100,000 penyokong-penyokong mereka akan berhimpun berdekatan dengan kompleks mahkamah esok pastinya menjadi sebagai cacing kepanasan. Bagaimana sasaran beliau dapat dipenuhi tanpa sokongan daripada Pas Selangor?

Hasilnya Dr Hasan yang melebel perhimpungan tersebut membuang masa dan merugikan Pas kerana menyokong Anwar yang dilanda masalah moral dilihat sebagai "duri dalam daging" dan perlu "disingkirkan". Bukti jelas, bahawa Pas tiada pendirian dan "diperintah" oleh Anwar !!!

1 comment:

  1. Ini menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin PAS lebih LEMBU dari Lembu NFC.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.