13 Jan 2012

Kempen Menolak Pemimpin-pemimpin Melebihi Usia 60 Tahun Dalam PRU 13???


Tidak terpilih menjadi calon wakil rakyaat tidak bermaksud pemimpin-pemimpin lama ini mahu kita pinggirkan.... Mereka masih boleh menyumbang untuk parti khasnya dan Malaysia amnya...

Sesetengah tu kudrat pun dah tak ada.... Ada tu yang sendiri mengaku nak membongkok pun dah tak boleh....Pakar dari Jerman pun membenarkanya... Macam mana nak jaga kawasan Parlimen dan DUN nya nanti...

Apa salahnya memberikan laluan kepada muka-muka baru???

Pas mempunyai ramai pemimpin-pemimpin pelapis bawah 60 tahun, begitu juga PKR dan DAP. Senarai di atas tu sekiranya PRU 13 di jalankan pada 2012. Kalau dijalankan pada 2013, Wan Azizah pun nampaknya dah tak layak dan Najib pulak dah dekat "border"....

Mengapa tidak diberikan peluang kepada golongan muda untuk menerajui hala tuju pimpinan parti dan negara???

Yang dah veteran tu jadi penasihat aja lah....

Kami golongan muda mahukan lebih banyak ruang dan peluang!!!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.