2 Dec 2011

Sesuatu Yang Wajar Dicontohi Oleh Kerajaan Negeri Pimpinan Pas di Kelantan

IPOH: “Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati saya untuk berubah, sekali gus membolehkan saya memenuhi amanat arwah bapa sebelum dia meninggal dunia awal tahun ini.”

Itu kata Baby atau nama sebenarnya Ismail, 29, seorang daripada 40 mak nyah yang menyertai aktiviti pemulihan dinamakan Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sebuah resort di sini, selama tiga hari, bermula kelmarin.

Ismail berkata, selepas bapanya meninggal dunia, keinginannya untuk kembali menjadi lelaki normal semakin kuat dan dia mula mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Allah.

Menurutnya, selepas mendapat tahu mengenai Program Mukhayyam, dia mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar diri sebagai peserta kerana percaya ia medan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan.


Komen Isac;

Umum mengetahui bahawa masalah penyalah-gunaan dadah dan HIV di Kelantan adalah tinggi setiap saban tahun.

Mungkin pendekatan JAKIM ini boleh dijadikan panduan.



1 comment:

  1. tuan,

    rakyat kelantan yg taat dgn tok guru mrk tak perlukan program2 semacam nih! apa sj salah silap & dosa mrk lakukan akan mendapat pengampunan dari tok guru mrk jua & pasti masuk syurga pas!! sekian dimaklumkan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.