12 Dec 2011

Peguam Anwar: Wujud keraguan munasabah, keterangan Saiful perlu dinilai semula

TERKINI @ 03:40:45 PM 12-12-2011
December 12, 2011
 
KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mereka berjaya menimbulkan “keraguan munasabah” dalam kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang selain dapat ‘mematahkan’ keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam hujah penggulungan kes peringkat pembelaan, peguam utama Karpal Singh memfokus ke atas soal kredibiliti Saiful sambil menegaskan keterangan-kerangan saksi utama itu tidak boleh dipercayai.

“Kredibiliti SP1 (Saiful) perlu dinilai semula oleh mahkamah memandangkan ia mengambil tempat di seluruhan kes,” kata beliau sambil menambah, di akhir kes pembelaan mahkamah harus mempertimbangkan sama ada kes ke atas tertuduh telah dibuktikan melampaui keraguan.

“Dapat dikemukakan oleh pembela, berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan,” kata Karpal.

Karpal menekankan, Saiful ada mengatakan bahawa perbuatan diliwat pada 26 Jun 2006 berlaku dengan “laju dan rakus.”

Ini menurut Karpal, telah berjaya dicabar oleh saksi pakar pihak pembela Dr Thomas Hoogland, yang mengatakan bahawa seorang yang dalam usia Anwar tidak mungkin boleh melakukan perbuatan yang digambarkan oleh saksi utama.

“Apa yang berlaku di lantai bilik tidur berhubung kejadian liwat yang didakwa oleh SP1 tidak ditimbangkan dengan teliti oleh mahkamah ini,” kata Karpal.

Tambah beliau, Dr Hoogland juga ada mengatakan bahawa Anwar tidak mungkin boleh melakukan aktiviti sedemikian tanpa melalui kesakitan yang teruk ekoran masalah artritis dan kerosakan saraf dialaminya.

Oleh itu katanya, keterangan Saiful di peringkat itu menimbulkan keraguan dan tidak boleh dipercayai, sekali gus menjejaskan tuduhan yang dibawa ke atas Anwar.


Komen Isac;

Yang jelas keterangan Dr Hoogland telah terbatal apabila melihatkan bagaimana Anwar sejak dibebaskan daripada penjara melalui jadual hariannya yang ketat den padat dengan begitu "hebat". Bak kata Nurul Izzah, "Papaku Hebat!!!".

Itu belum termasuk rakaman cc tv Anwar membongkok di lif menuju ke pejabatnya dan juga klip video seks yang disahkan 99% tulen!!! Sesuatu yang perlu dibuktikan bahawa lelaki tersebut bukan Anwar!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.