11 Dec 2011

Dapat Layanan Istimewa, Guan Eng Bakal Menyertai BN???


Selaman itu bermula kira-kira jam 3.45 petang sebaik rombongan pemimpin pembangkang itu tiba di kapal pengiring KD Lekiu sebelum diberi taklimat dan kemudiannya dipindahkan ke KD Tun Razak mengguna bot tempur, Rigid Invertible Boat (RIB) sebelum timbul semula di permukaan kira-kira jam 5.10 petang.Selain Guan Eng, turut menyertai sesi selaman khas itu ialah Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman dan tiga wakil media, termasuk krew Majalah 3 bagi merakamkan acara berkenaan.Manakala, 27 wakil media tempatan lain turut dibawa menaiki kapal pengiring, KD Jebat dan KD Lekiu dari kelas 'frigate' bagi melihat sendiri bagaimana aset pertahanan strategik itu beroperasi dalam melindungi kedaulatan perairan negara.  

Malah, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP antara individu bertuah yang diberi peluang merasai sendiri pengalaman 'menyelam' bersama KD Tun Razak pada kedalaman 55 meter di perairan Langkawi, kira-kira 40 batu nautika dari Jeti Awana Porto Malai. (Berita Harian)


Lim Guan Eng menggunakan peralatan kapal selam KD Tun Razak sempena pameran LIMA hari ini. ― Foto ihsan Pejabat Ketua Menteri (Malaysian Insider).

Dalam politik semuanya mungkin dan tiada yang mustahil!!! Mengapa Guan Eng yang diberikan pengiktirafan?
Jika tidak mengapa bukan Tony Pua dan Nurul Izzah yang dibawa???
Masih ingat dengan pembukaan kota Mekah???
Bagaimana Rasulullah s.a.w. memuliakan Abu Sufian, sebagai ketua Arab Myusrikin Mekah ketika itu, di mana sesiapa yang berada di Masjidl Haram, rumah ibadat, rumah Abu Sufian dan juga di rumah sendiri dijamin selamat???
Politik baginda berhasil dan penentangan orang2 myusrikin begitu sedikit.
Bayangkan apa akan jadi kepada DAP tanpa Guan Eng??? Nak harapkan Karpal dan LKS ??? Sampai bila???





KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (dua dari kanan) mendengar taklimat Pegawai Pemerintah KD Tun Razak, Komander Baharudin Wan Md Nor (kiri) di dalam kapal selam berkenaan yang berada di luar perairan Langkawi, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman (dua dari kiri) dan Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr P Ramasamy (kanan). - Foto BERNAMA. Dec 10, 2011 2:28 pm (Berita Harian)



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.