7 Nov 2011

Sultan Kelantan Bertitah Ingatkan Rakyat Jangan Bersengketa! Bermaaf-maafan!!!

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah meminta rakyat bersyukur dikurniakan hidup dalam suasana penuh keamanan dan kesejahteraan di negara ini.

Baginda meminta rakyat menghindarkan diri daripada terlibat dalam persengketaan dan salah faham dengan memikirkan masa depan mereka yang akan lebih mencabar dan penuh pancaroba ini.

"Kita patut bersyukur dan berdoa semoga terus diberi kebahagiaan dan dapat hidup dalam aman dan tenteram serta mengerjakan ibadat dengan mendapat keberkatan dan diberi ganjaran setimpal.

"Hindarilah persengketaan, salah faham dan sedia bermaaf-maafan untuk kita menghadapi dunia yang penuh cabaran ini," titah baginda dalam perutusan sempena Hari Raya Aidil Adha di sini Jumaat.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh rakyat, baginda bertitah rakyat patut bersyukur diberikan kesihatan dan kebahagiaan ketika menyambut Aidil Adha ini.

Baginda dijadual menunaikan solat sunat Aidil Adha bersama rakyat di Masjid Muhammadi di sini dan selepas itu akan menziarahi Makam Di Raja Langgar.

Pada hari raya kedua baginda akan ke Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra bagi menyempurnakan majlis korban pada sebelah pagi.-4/11/2011


Komen Isac;

Wajar dipatuhi oleh MB Kelantan agar buang jauh-jauh dendam kesumat. Umat Melayu Islam ni bukannnya kuat sangat, kita perlu bersatu. Melayu Kelantan dan Melayu Pas tidak boleh hidup bersendirian....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.