15 Nov 2011

Gempar!!! Sah Kapal Selam TLDM Memang "Tidak Boleh Menyelam" ???

Foto (Kanan) KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melihat dengan lebih dekat kapal selam yang tiba di perairan Melaka yang di bawa oleh kapal kargo HLV Vessel JumboShip, hari ini. Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini. Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979. - Foto BERNAMA Nov 14, 2011 6:03 pm


MELAKA: Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang akan membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pameran selama 10 hari mulai 22 November ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini.



Beliau berkata, kapal selam itu tiba semalam dan akan dibawa naik ke darat pada 16 November melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian. Katanya, projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu Kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan. Ditemui pemberita ketika melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini, Mohd Ali berkata, buat permulaan, pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak manakala potongan 50 peratus bagi warga emas.


Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.

Kapal selam sepanjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu adalah buatan Perancis yang dibina pada 1979. - BERNAMA


Komen Isac;

Kapal selam ini sebenarnya telah digunakan oleh skudran kapal selam TLDM ketika mereka menjalani latihan di Perancis sementara menantikan 2 buah kapal selam jenis scorpane yang dibeli Kerajaan Malaysia/TLDM siap dibina.

Ianya merupakan kapal selam terpakai dan telah dinyah tauliah sebaik sahaja anggota-anggota skudran kapal selam TLDM mendapat kapal-kapal selam baru mereka.

Kerajaan negeri Melaka telah mengambil initiatif untuk membawa balik kapal selam tersebut ke Melaka untuk dijadikan sebagai bahan pameran ataupun sebagai satu mercu tanda di negeri itu.

Kalau kapal selam ini memanglah sah dah tidak "digalakkan" untuk menyelam kerana "umurnya" yang telah agak lanjut ditakuti akan merbahayakan nyawa anak-anak kapal... Mungkin alat-gantinya pun sudah tidak dikeluarkaan lagi...

Nurul Izah wajar mengunjungi kapal selam ini apabila ianya dipamerkan kepada umum kelak...

5 comments:

  1. hehehe...bro kalau fuckatan baca tajuk ni tentu depa kembang hidup sambil bertakbir!

    tapi bila dah habis baca mereka akan cuba spin mengatakan ini merupakan pembaziran. Gamaknya kapal selam ni kot yang puak laknat sana guna untuk hentam 2 biji scorpene dulu. Depa juga akan spin lebih baik duit tu digunakan untuk bagi makan puak depa dari mumbazir menggalakkan pelancongan di Melaka.

    errr bakal Ketua Menteri Melaka baru DAP nak cakap apa plak yer?

    ReplyDelete
  2. Kalau diPamirkan diDanga Bay pun bagus juga....

    ReplyDelete
  3. Islam dengan Iselam buat depa keliru dan celaru.

    Asal saja susu semuanya hentam sama. Mana depa tau beza susu orang utan dengan susu orang di hutan.Cuma susu Nuroll saja yang krim berlemak.

    Kalau nak suruh boikot KR1M pun bagi lah alasan yang ilmiah.

    Bapak dia pula lulus cukup-cukup makan sahaja. Tun M pun silap besar pi ambik orang pandai cakap tapi tak tau buat kerja buat apa.

    Tapi tak apalah, Tun M. tak silap bila buang dia.

    ReplyDelete
  4. pertama , kenyataan2 Yb DAP berkenaan alat2 pertahanan malaysia adalah salah satu cara utk 'korek' rahsia pertahanan negara , satu cara provokasi agar kerajaan melatah dan mendedahkan rahsia sulit dlm kapal selam negara !

    kedua , kita tak perlu layan provokasi murahan sebegini , biarlah dorang kata apa sekalipun , hanya anggota ATM yg tahu , samada mereka kata kapalselam tak boleh menyelam ke , kapal tak boleh terbang ke , lantak dorang la !

    ATM tidak sebodoh yg pembangnkang sangkakan , Malaysia ada taktik dan teknik tersendiri , doktrin pertahanan negara diakui oleh negara Serantau sebagai unik dan sukar utk diramal , sedangkan negara luar segan pada pertahanan kita , inikan pula pembangkang yg hanya tahu menyalak bakanjing gila !!

    ReplyDelete
  5. yg paling x blh blah, dlu dorg cakap beli kelengkpan perang membazir.. alih2 dorg tny dlm dewan sama ada barisan hadapan kita ready ke x jika berlaku sesuatu.. klu kerajaan pakatan rakyat yg perintah mmg jawapan x ready la.. nasib la bkn depa perintah..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.