23 Nov 2011

Masalah "Bekalan Air" di Kelantan Selesai???


KOTA BHARU: Berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, jumlah mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam.

Dua daerah di negeri itu kini dilanda banjir iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam. "Di Kota Bharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran. - BERNAMA


Gambar (Fail)


Komen Isac;

Memang simpati....Isnin dan Selasa semasa penulis berada di Kelantan, hujan memang turun menggila...

Jika hujan sebegini berterusan penulis pasti, banjir besar tidak dapat dielakkan. Semoga Kerajaan Pas Kelantan telah bersedia untuk membantu rakyaat Kelantan dan menghadapi apa jua kemungkinan yang timbul.

Juga buat seketika Kerajaan Pas mungkin tidak akan risau dengan kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk, kerana air ada di mana-mana....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.