13 Nov 2011

Isyarat Dari Istana Kelantan Supaya Rakyaat Menukar Kerajaan Negeri???



SULTAN Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, hari ini. - Foto BERNAMA. Nov 11, 2011 6:00 pm

Tuanku Sultan Faris dilihat sedang menghulurkan tangan kepada Nik Aziz yang merafak sembah ketibaan baginda sempena hari keputeraan baginda. Sebagai seorang Sultan yang tegas, walaupun sering dikaitkan sebagai amat menghormati Nik Aziz sebagai seorang Tok Guru dan Ulamak oleh blog-blog pembangkang, hari ini baginda telah bertitah menegur pentadbiran Nik Aziz yang dilihat membazir dalam mentadbir-urus hasil-mahsul negara dan gagal untuk mendapatkan sumber penghasilan yang baru buat kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerajaan negeri telah menanggong defesit belanjawan yang besar.

Mungkin telah sampai masanya untuk kerajaan negeri ditukar dalam PRU 13???

2 comments:

  1. patutnya dah lama tukar, jangan bagi peluang pas bermaharajalela di kelate tu. JOM TUKAR KERAJAAN DALAM PRU13 NI.

    ReplyDelete
  2. aikk? tok guru angkat sembah? dulu kalut hamun orang umno merafak sembah kat sultan, awat dia pun buat sama? ka dah lupa maki hamun yang lalu tu?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.