16 Nov 2011

Harga Getah Sekerap dan Kelapa Sawit di Selatan Tanahair Jatuh Merundun!!! - Satu Usaha Halus Pembangkang Mensabotaj Kerajaan BN???


Sejak dua minggu yang lepas, harga getah sekerap di beberapa tempat di negeri Johor jatuh merundun dari sekitar RM 5.30 sekilo kepada hanya sekitar RM 3.50 sekilo.

Khabar-khabar angin yang bertiup kencang, harga yang rendah ini "didalangi" oleh kerajaan pimpinan Umno/BN yang mahu mengambil keuntungan sebagai ganti-rugi terhadap imbuhan RM 100.00 yang diberikan kepada setiap pelajar sekolah bermula minggu ini. Harga kelapa sawit juga diberitakan jatuh menjunam.

Anehnya harga getah dan kelapa sawit dunia masih berada pada paras yang tinggi. Adakah ini suatu usaha halus oleh pihak pembangkang terutamanya DAP yang menguasai pemborong-pemborong kedua-dua komoditi ini??? Pastinya mustahil untuk pihak kerajaan mengatur kenaikkan ini disebabkan tiada satupun agensi kerajaan yang mampu berbuat demikian kerana tiada peruntukkan dana dan juga perundangan. Nak kawal harga ayampun kementerian yang berkaitan tidak upaya, apalagi mengawal ataupun menurunkan harga barangan komoditi yang memerlukan dana yang banyak.

Saranan penulis, mungkin telah tiba masanya pihak kerajaan mengerahkan supaya agensi-agensi seperti Felda, Felcra dan Risda untuk campur tangan dan memecahkan monopoli yang tidak sihat ini, sebelum nasi menjadi bubur.

Bukan sahaja nasib kerajaan BN bakal menhadapi situasi, "seperti telor dihujung tanduk", bahkan pekebun-pekebun kecil terutamanya orang-orang Melayu/Bumiputera pasti akan ditindas oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab ini. Cegah sebelum parah!!!

Patutlah pembangkang cuba sedaya-upaya untuk merosakkan imej Felda, Felcra dan Risda??? Tanpa ketiga-tiga agensi ini sudah pasti para pemborong getah dan kelapa sawit akan bermaharajalela menindas rakyaat khususnya orang-orang Melayu/Bumiputera!!!

9 comments:

  1. klu mengenai harga getah aku rasa bukan salah sape2 kot.pengeluar getah dunia sebenarnya adalah thailand.apabila berlaku banjir di thailand dan ada pula spekulate yg mengatakan mungkin ada beberapa tempat di thailand terus tenggelam buat sekian lama,maka pengguna getah asli dunia mula gusar.jd berlakulah penjualan stok simpanan getah oleh amerikano dan great britaino.dr situlah berlakunya penurunan harga di pasaran.rasanya xlama kot.org kampong xperlu bimbang sgt kot.

    ReplyDelete
  2. Biasolah puak-puak pecacai ni. Semuo nak dijadikan isu. Rega gotah turun pasai rega di pasaran dunio turun. Rega getah ikut permintaan dan penawaran. Bila kurang, rega naik, semuo pakat-pakat gi motong gotah. Kobun gotah yg dah jadi hutan simpan habih ditoreh semulo. Lopaih tu gptah banyak dipasaran, rega pun turun balik. Pecacai ni buat fitnah, kununnya gomen kasi turun rega. Maso gotah mahai, tak pronahpun terima kasi kat gomen, tapi bilo rega turun, gomen salah. Itulah pecacai punyo propa.

    ReplyDelete
  3. Gua sangat bersetuju dongan komen mu bro, oRang kAmpong. Diorang tu maso skolah dulu, ponteng nyuruk bawah pokok gotah. sekarang dah buduh, salakan pokok gotah sebab diorang ponteng, nyuruk bawah pokok gotah.

    ReplyDelete
  4. Harga getah ni ada masa naik ada masa turun. Tapi yang aku hairan ni..barang naik tapi tak turun-turun !

    ReplyDelete
  5. bantuan bulanan seperti yg diberikan kepada nelayan harus diberi sama kepada pekebun kecil getah. lagi2 masa musim hujan sekarang .kesian.

    ni asyik3 felda, asyik2 felda.ingat org felda je ke yg mengundi?

    ReplyDelete
  6. Betul tu Mat Said, Asyik2 Felda Nyampah, macam le semua orang Felda je yang nak makan. Getah adalah komoditi dikawal oleh pengeluar utama.LGM yang kawal sebenarnya, bukan politikus..

    ReplyDelete
  7. jgn asyik salahkan kerajaan jew,mcm ne krjaan nak tlong klu kte salah pilih pemimpin..jdi b`fkir sblum b`buat adalah stu k`bjaksanaan, b`fkir slpas b`buat adalah stu k`bdohan, b`buat tmpa b`fkir adalah seribu kebodohan...;'-)

    ReplyDelete
  8. Jgn asyik slahkan kerajaan,cm ne kerajaan nak tlong klu slah plih pemimpin..jd b`fkir sblum b`buat adalah stu k`bjaksanaan, b`fkir slpas b`buat adalah stu k`bdohan, b`buat tmpa b`fkir adalah seribu kebodohan....

    ReplyDelete
  9. tak yah lah nak betekak pasal politik ni.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.