1 Nov 2011

Gempar!!! Najib Sebenarnya Bukan Pergi ke Mekah/Madinah Untuk Menunaikan Haji???


Najib dan isteri berlepas ke Arab Saudi untuk tunaikan haji
2011/10/31

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor hari ini berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka berdua turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira jam 5 petang.

Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: " Saya akan menunaikan fardu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua."

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri. - BERNAMA


Komen Isac;

Kalau ditanya kepada media pro pembangkang... Mungkin itulah komen mereka... Silap-silap dikatakan Najib pergi ke Monggolia...

Bila Najib yang sentiasa menjadi mangsa fitnah pakatan pergi menunaikan haji ke Mekah/Madinah pastinya mereka akan "terkedu".

Pastinya mereka cuba untuk tidak melaporkan pemergian DS Najib dan isteri ke tanah haram kerana sudah pasti tidak menguntungkan mereka...

Keikhlasan mereka, anda nilaikan lah sendiri...




1 comment:

  1. Betul tuu.....Kalau yang biru Tetap Biru walau pun di celup hitam.....walaupun dah bertukar warna..ianya tetap biru....kalau ditayangkan warna merah...ianya adalah biru...biru..biru....dah jadi darah daging...darah dah jadi biru...daging dah jadi biru....apa lagi nak dibirukaan....fikiran jenerasi akan datang lah.....mangsa?????

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.