21 Nov 2011

Bolasepak Sukan Sea: Malaysia Kalahkan Indonesia 5:4. Jutaan Tahniah!!!



Ketua pasukan Harimau Muda, Badrol Bkhtiar yang menyempurnakan sepakan terakhir Malaysia (gambar fail).




PEMAIN Malaysia, Asraruddin Putra Omar (penjaring gol yang menyamakan kedudukan 1:1) cuba melepasi dua pemain Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Perlawanan kini berlarutan ke masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 selepas tamat masa perlawanan sebenar. - Foto Imran Makhzan. Nov 21, 2011 10:34 pm (Berita Harian)


KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan 1:1 menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35. Permainan masa tambahan berlangsung tanpa jaringan. Kemenangan ditentukan oleh penentuan sepakan penalti dan Malaysia menang menerusi jaringan Mahali Jasuli, Fandi Osman, Fadzli Sas dan Badrol Bakhtiar.
Suatu perjuangan yang begitu berbaloi. Malam ini pasukan bolasepak kita akan pulang ke tanahair menggunakan kapal terbang charter khas, untuk memberikan mereka peluang berehat selama dua hari sebelum meneruskan cabaran kelayakan Olimpik London menentang Syria pada hari Khamis nanti.  Syabas dan teruskan perjuangan!!!



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.