Itu dakwaan Dato' YB Zul. Tetapi penulis tidak pernah melihat draft ataupun undang-undang hudud yang telah diluluskan untuk negeri Terengganu maupun Kelantan.
Seingat penulis yang belajar di sekolah agama negeri Johor menggunakan kitab Mutalbadrin 29 tahun yang lalu, liwat dengan isteripun adalah haram dan sekiranya sisuami mahu terus melakukannya siisteri boleh mengadu kepada pihak berkuasa agama dan jika sisuami masih tidak berubah juga siisteri boleh minta agar dia dilepaskan.
Apapun pada pandangan penulis perkara tersebut hanyalah kesilapan mereka yang terlibat di dalam merangka undang-undang tersebut. Sebagaimana yang pernah penulis katakan sebelum ini, perlaksanaan hudud dan qisas perlu juga mengambil-kira situasi semasa terutamanya berkaitan dengan siasatan "CSI" dan bukti-bukti lain yang boleh dibuktikan melalui teknologi hari ini. Jestru semua pihak terutamanya ulamak dan cerdik pandai tidak kira samada daripada pihak pembangkang, kerajaan maupun bebas perlulah bekerjasama.
Ingatlah hudud dan qisas adalah wajib fardhiu kifayyah dan menjadi tanggung-jawab semua pihak tanpa perlu dipolitikkan dan dibuat hanya untuk menempah nama.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.