15 Oct 2011

Beri Pas Memerintah, "Kuasa" Melayu Pasti Akan Selamat???


Artikel penuh klik sini.

A ah.... ye lah tu..... Encik Idris ooiii Tengok ajelah kat Kelantan... Duit RM 600 Juta yang kerajaan pusat bagi untuk naik-taraf dan selenggara bekalan air bersih.... Duit tak nampak, mutu bekalan air makin teruk ada...

Dekat Selangor pulak, dah terang-terang usaha murtadkan orang Islam berlaku di Selangor tetapi masih hendak dinafikan oleh pemimpin-pemimpin Pas....

Nik Aziz sendiri pernah cakap, "ada apa dengan Melayu?" dan dia tidak berbangga dilahirkan sebagai Melayu....

Nampaknya dengan memilih Pas, kuasa Melayu kira "selamat jalan" boleh lah!!!

3 comments:

  1. Benarkah kuasa Melayu akan selamat jika PAS berkuasa?. Benarkah PAS memberi perhatian masalah Melayu?. Kenapa masalah penduduk Sek 19 masih belum selesai lagi?. Ramai yang tidak tahu masalah sebenar isu kuil di Sek 19 dan Sek 23 jadi tegang pada tahun 2009. Kenapa pemimpin PR batalkan pemindahan kuil Sek 19 ke Sek 22 yang diluluskan BN pada 29/12/2007?. Kenapa pemimpin PR memihak Hindu kuil? Penduduk Sek 19 berusaha begitu lama minta kuil itu pindah seperti dijanjikan PKNS. Alasan PR konon jauh dikawasan kilang. Kuil itu kecil dan usang tahun 1988 digunakan penduduk setinggan. Tapak kuil itu milik PKNS untuk rumah 16 unit. Pada th 2000 ramai penduduk India dari Sek 20 datang kekuil itu. Setinggan pindah th 2005. Pemindahan kuil sering tertangguh kerana campur tangan MIC. Th 2006 penduduk minta campur tangan Sultan, BPR dan Biro pengaduan Awam JPM kerana kuil dibesarkan tanpa kelulusan PBT. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa pemindahan dibatalkan alasan tapak itu jauh kedalam. Usaha penduduk bertahun2 jadi sia2. Pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR kata dua parti sokong kuil tak payah pindah. Aktiviti kuil bertambah hebat selepas itu. Pihak kuil tidak peduli sensitiviti penduduk majoriti Islam. Gangguan bising lagu Hindu setiap hari. Keadaan bertambah bising bila ada upacara dan keramaian mereka bergendang hingga tengah malam. Majlis kendudri diganggu lagu Hindu. Kawasan penduduk jadi sesak dan kecoh setiap kali mereka berkumpul di kuil itu. Aduan demi aduan tiada tindakan. Penduduk minta bantuan NGO Dis 2008 ketika gangguan semakin kronik. Tetapi kedatangan NGO tidak disenangi AP Shah Alam yang menyerang NGO pada 8/1/2009 (semak Minaq Jinggo). Pada 10/1/2009 Khalid Samad tulis artikel Persoalan Kuil Seksyen 19 yang minta ia disebarkan konon provokasi UMNO kerana PRK di KT, Pada 12/1/2009 artikel Undang2 DS dan BN Khalid Samad buat tuduhan NGO sebagai gerombolan UMNO yang membuat provokasi kepada kuil Hindu. Pada 18/8/2009 artikel Persoalan Kuil dikeluarkan semula bersama artikel Tapak kuil Sek 23, Pada 19/8/2009 Khalid menulis dasar PR mudah tiada kuil baru tiada kuil diroboh, Pada 30/8/2009 Khalid menyindir penduduk Islam yang tinggal berhampiran kuil. Kenapa NGO yang bantu penduduk disindir sebagai Tukang Perhangat dan Hero Melayu? Ogos 2009 TV Selangor siarkan sidang media Khalid Samad mengenai isu pemindahan kuil Sek 19. Khalid menuduh UMNO yang menimbulkan ketegangan di Sek 19?. Kenapa NGO dikaitkan dengan UMNO?. Kenapa pihak kuil disokong MIC dibela pula? Salahkah penduduk minta bantuan NGO?. Adakah pemimpin PR menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak bantu penduduk Islam?. Penduduk terpaksa menghadapi tekanan emosi kerana bunyi bising dari kuil setiap hari, penduduk sekitar terpaksa berdepan risiko dan situasi sukar di kawasan sendiri. Kenapa tidak ada tindakan selepas pelbagai aduan dibuat?. Hindu kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar jam 1 pagi 26/7/2008 depan rumah penduduk Islam. Suasana malam itu kecoh. Penduduk tegur bising diugut bunuh, polis sampai mereka jerit “Apa komplen2 Melayu bodoh”. Kenapa tidak ada tindakan segera walaupun ada ugutan serius?. Pada Nov dan Dis ganguan bising semakin menjadi2, rumah penduduk diconteng besar no kumpulan gangster 303, kawasan penduduk jadi tempat mereka berkumpul bising, merempit, minum dan mabuk. Ada penduduk diminta bayar wang jika mahu kuil senyap ketika keluarga itu hendak mengadakan majlis tahlil selepas kematian ahli keluarga. Ada penduduk yang diletak parang bersilang depan pagar rumah. Pengunjung kuil memakir kenderaan sesuka hati ganggu kawasan dan laluan penduduk. Banyak masalah sampingan terpaksa dihadapi oleh penduduk.

    ReplyDelete
  2. Sambungan
    Selepas NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah barulah ada usaha nak pindahkan kuil itu. Tapi bila PR pilih berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam Sek 23 bantahan besaran berlaku. Penduduk bantah kuil besar dikawasan satu ekar nak dibina disana tetapi bantahan mereka tidak dipedulikan. Tidakkah pemimpin PR sedar masalah penduduk Islam Sek 19 akan berlaku jika dipindahkan kuil ke Sek 23?. Bila kepala lembu diusung ramai melenting konon hina penganut Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. Bila Melayu bawa kepala lembu kecoh satu dunia dan jadi isu Negara. Tapi bila Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Islam Sek 19 tidak ada tindakan segera. Harakah tuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Ramai pemimpin Islam PR yang membuat ulasan isu kepala lembu menyalahkan sesama Islam. Ada yang buat sidang media keluar dalam you tube bersimpati penganut Hindu. Kuil kecil yang membesar depan mata penduduk dilaporkan media PR berusia 150 tahun? Pada 30/09/2009 risalah isu pemindahan kuil di Sek 19 ke Sek 23 diterbitkan kerajaan Selangor menyalahkan penduduk Sek 19 dan Sek 23 serta NGO Islam yang dituduh menimbulkan isu perkauman. Kenapa pihak yang buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19 yang dibela dan disokong?. Pemimpin PR Selangor berjanji selesaikan isu pemindahan kuil Sek 19 pada Nov 2010 tetapi sampai hari ini kuil masih disitu juga. Disebabkan pemimpin PAS berdendam dengan UMNO penduduk yang terpaksa menerima kesannya. Adilkah jika begini keadaannya?

    ReplyDelete
  3. inilah akibatnya..tanggungla sampai pru13 sok..kalau rakyat selangor masih sayangkan PR maka tanggung lagi sampai ke pru14 dan sampai la bertukar semula, insyaallah akan terbela semula

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.