10 Sept 2011

Pas Sokong Komunis Hanya Untuk Alih Perhatian Rakyaat???

Dewakan komunis hanya gimik politik

KUALA LUMPUR 9 Sept - Isu mendewa-dewakan puak pengganas komunis yang ditimbulkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu hanya sekadar gimik politik pakatan pembangkang bagi mengalih perhatian rakyat terhadap dua isu lebih besar yang dicetuskan sebelum ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin berkata, dua isu tersebut ialah gejala murtad membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini dan isu pembohongan dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu apabila rakyat sudah muak dan jelak dengan permainan politik mereka.

Katanya, episod Mat Indera dan komunis pembunuh anggota polis dan keluarga mereka di pos Bukit Kepong membuktikan betapa kaum Anwarinas sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai nafsu serakah politikus sehingga sanggup menggadai agama dan bangsa mereka. ''Sebenarnya mereka dah terperangkap. Mereka dah tak tahu nak buat macam mana untuk mengawal dua isu besar ini. Dakyah dan temberang mereka semakin terbongkar.

''Kaum Anwarinas memang sengaja naikkan Mat Sabu, sebab mereka tahu Mat Sabu bukan aset politik setakat jadi badut mainan mereka saja. Mereka bukan tak tahu sejarah Mat Sabu. Kaum Anwarinas punya agenda lebih besar sebenarnya," katanya dalam entri terbaru di blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com/.

Zulkifli berkata, berikutan siri kebiadaban pembangkang itu, kata beliau, tidak mustahil mereka akan menganugerahkan gelaran Tun Chin Peng kepada Ketua Parti Komunis Malaya itu jika mereka diberi mandat memerintah negara.

Ini kerana, katanya, mereka sanggup berbuat apa sahaja hatta menyamakan perjuangan Rasulullah dalam pembukaan kota Mekah dengan serangan dan pembunuhan puak komunis terhadap orang Melayu Islam dalam peristiwa Bukit Kepong.

''Teman sebenarnya malas nak melayan sangat isu kenyataan Mat Sabu mendewa-dewakan Mat Indera dan gerombolan komunis ini, tetapi nampak mereka ini semakin meroyan dan merapu jadinya.

''Cuba tengok gelagat Mat Sabu sejak jadi Timbalan Presiden Pas. Dia sanggup menjadikan Ambiga sebagai khalifah dalam perhimpunan haram Bersih lalu termasuk membuat ucapan mendewa-dewakan Mat Indera dan komunis Mat Sabu tiba-tiba pitam lupa diri; "tak tau, cek tak ingat!". Itu respon awal Mat Sabu,'' katanya.

Justeru, katanya, umat Islam perlu sedar dan membuka mata serta jiwa masing-masing terhadap kebiadaban pakatan pembangkang itu apabila sanggup menggadai maruah agama dengan bersatu mempertahankan survival agama, bangsa dan tanah air kita hatta dengan nyawa sekalipun.

''Daripada menggadai kalimah Allah kepada kristian dengan ideologi triniti, kepada membuang perjuangan negara Islam kerana "tidak ada dalam al-Quran", tidak mahu menerima bukti terang video seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bukan bukti tetapi sekadar besi sejuk, kepada membela gereja dalam isu dakyah kristian dan gejala murtad, kini membela dan mempertahankan komunis yang anti Islam dan anti tuhan!.

''Terbongkarnya pekong ini, Allah jadikan untuk umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya membuka mata dan jiwa masing-masing. Janganlah menjadi kaum yang pekak, buta dan bisu dengan bukti dan keterangan yang telah Allah berikan sebelum Allah menurunkan bala dan laknat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.