22 Sept 2011

Najib Yang Bacul Ataupun Anwar Yang Penakut???



Perdana Menteri dan isteri telah memfailkan permohonan di mahkamah untuk membatalkan sapina supaya mereka hadir di mahkamah sebagai saksi dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim. Berita ini disambut dengan pelbagai cacian dan makian oleh penyokong Pakatan yang memfitnah kononnya PM dan isteri penakut, bacul, tak sempoi dan lain-lain.

Tetapi sekiranya anda mengikuti perbicaraan kes Liwat II, sebenarnya Anwar yang enggan memberi keterangan bersumpah di kandang saksi kerana takut disoal oleh pasukan pendakwaan adalah "terang lagi bersuluh" sebagai bacul. Bak kata pepatah, "berani kerana benar dan takut kerana salah". 
Apa ada kena-mengena Najib dan Rosmah dengan kes Liwat II anwar??? Keenganan Anwar untuk bersumpah dan disoal-siasat lebih menjejaskan kes tersebut jika hendak dibanding dengan kehadiran Perdana Menteri dan isteri sebagai saksi.

Kedua pihak (saksi pendakwaan dan saksi pembelaan) telah mengesahkan bahawa profil DNA memang milik Anwar, bukankah lebih baik Anwar mencari jalan untuk menangkin bukti-bukti ini secara saintifik dan bukannya dengan mereka-reka suatu cerita konspirasi???

Tuduhan yang mengatakan Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam konspirasi liwat memang tidak masuk akal kerana jika ianya memang satu konspirasi untuk memerangkap Anwar, satu perkara tidak boleh dilakukan oleh mana-mana konspirator adalah meletakkan sperma milik Anwar dalam dubor Saiful. Bagaimana pihak konspirator handak memperolehi air mani Anwar??? Tidakkah air mani adalah sesuatu yang bersifat terlalu peribadi untuk seorang lelaki??? Tak tahulah jika Anwar sememangnya "membuang" air maninya "merata-rata"???

Modal Anwar memanggil Perdana Menteri ke mahkamah pada kes Liwat II ini juga semata-mata untuk memanjangkan teori konpirasi demi meraih simpati kononnya beliau diinyaya dan demi untuk membebaskan dirinya.  Hanya kerana Saiful berjumpa dengan Perdana Menteri (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dan Datin Seri Rosmah berkawan dengan Datuk Mumtaz Jaafar yang turut ditemui Saiful, adakah itu cukup kuat sebagai petunjuk bahawa berlakunya suatu konspirasi.

Saiful juga turut berjumpa antara lain dengan Senator Ezam Mohd Nor, kenapa Anwar tidak berani untuk memanggil Ezam ke mahkamah?

Walaupun Karpal Singh bermati-matian cuba menafikan adanya kes-kes liwat lain berlaku sebelum 26hb Jun 2008, kita perlu ingat bahawa di dewan parlimen pada tahun 1998, Karpal pernah menuduh Anwar mengamalkan aktiviti seks di luar tabii.

Justeru, permohonan Datuk Seri Najib dan isteri ini memang mempunyai justifikasi kukuh, disamping tidak mepunyai kaitan secara langsung, ia juga boleh mengelakkan mahkamah dicemari dengan sketsa politik Anwar Ibrahim seperti yang berlaku dalam hal membela diri dari kandang tertuduh.

Kes liwat yang membabitkan 2 individu, beban pembuktian (burden of prove) adalah berkisar kepada fakta kes, persoalan DNA dan lain-lain yang berkaitan dengan itu. Perlu dibuktikan, samada kejadian liwat itu benar-benar berlaku atau tidak. Jestru tidak ada keperluan untuk menyiasat samada Anwar "diperangkap" atau tidak.



Persoalan utama, adakah Anwar meliwat Saiful ataupun tidak??? Jika bukti menunjukkan ya, maka beliau bersalah dan jika tidak beliau akan dibebaskan!!!





No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.