5 Sept 2011

Mat Indera Pejuang Atau Pengkhianat???


Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.[1]



Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

1) Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan


2) Keadaan balai polis yang terpencil




Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.


Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.



Serangan Komunis


Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut.

Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.[2]


Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.




Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.


Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.


Mereka yang Terkorban Dalam Pertempuran Akibat Serangan Pengganas Komunis ke Atas Balai Polis Bukit Kepong.

Anggota Polis


1) Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
2) Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
3) Lans Koperal 7168 Jidin Omar
4) Konstabel 9136 Hassan Osman

5) Konstabel 3933 Hamzah Ahmad

6) Konstabel 8600 Jaafar Hassan

7) Konstabel 7493 Muhamad Jaafar

8) Konstabel 5674 Abu Mohd Ali

9) Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh

10) Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
11) Konstabel Marin 68 Awang Ali
12) Konstabel Marin 181 Basiron Adam
13) Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
14) Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad

Polis Bantuan


15) Ins. Kudarina Naknok
16) AP 2130 Samad Yatim
17) AP Mahmood Saat
18) AP 1925 Ali Akop
19) AP 2127 Othman Yahya



Keluarga Anggota


20) Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
21) Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
22) Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
23) Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali


Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

24) AP Redzuan Alias
25) Embong Lazim
26) Mendiang Koh Ah Cheng



Mereka yang terselamat

Anggota Polis

1) Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
2) Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
3) Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
4) Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)


Ahli keluarga anggota


5) Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
6) Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
7) Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
8) Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
9) Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
10) anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
11) Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
12) Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
13) Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
14) Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah





Keadaan balai yang hangus dibakar oleh pengganas komunis setelah gagal memaksa anggota
polis meletak senjata.



Artikel penuh klik sini.




Komen Isac;


Apa yang Pakatan dan Mat Sabu katakan hanyalah bersandarkan kepada imiginasi dan andaian semata-mata. Sememangnya Mat Indera pernah menjadi guru agama Sekolah Agama Johor di Parit Setongkat dan kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif di dalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan gerila komunis di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Dia mengetuai pergerakan komunis di bahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.

Itulah hakikatnya. Satu lagi hakikat yang perlu kita terima beliau bertanggung-jawab ke atas serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada
23 Februari 1950 sehingga mengakibatkan 26 orang anggota polis, keluarga dan penduduk kampung (HG) terkorban.

Adakah itu membuktikan bahawa beliau adalah pejuang kemerdekaan??? Adakah anggota polis dan penduduk2 kampung yang mempertahankan penduduk negara daripada fahaman komunis yang menolak kepercayaan beragama wajar dilebel sebagai tali barut penjajah???
Adat dunia, manusia dan pemimpin besar pun ada masanya tersilap langkah. Tetapi wajarkah 26 mereka yang gugur di Bukit Kepong dan ramai lagi anggota2 polis, anggota keluarga mereka dan penduduk2 kampung yang berusaha untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong kita "korbankan" demi untuk mengangkat Mat Indera yang tersesat mengganggotai dan memimpin Kompeni Bebas ke-4 PKM menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai Wira ??? 



1 comment:

  1. Mat Sabu memang manusia Melayu/Islam laknat dan dajal. Inilah dia Melayu penderhaka yang patut menerima hukuman seberat-beratnya dari orang Melayu/Islam. Semoga Allah menyekat mulutnya, perbuatannya dan hasratnya dari terus melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah Melayu/Islam. Ya Allah tunjukkanlah sesuatu agar Mat Sabu ini berhenti dari terus memecahbelahkan orang Melayu/Islam serta perbuatannya yang membela kafir dan musuh Islam.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.